TANGKAP layar memaparkan senario seorang KOSMO!
wanita menutup nombor plat motosikal menggunakan seluar dalam. - Instagram
JAKARTA – Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita menutup nombor plat motosikalnya menggunakan seluar dalam untuk mengelak pemantauan kamera Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (e-TLE), lapor laman berita Suara.com.
Video itu tular selepas dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.
“Untuk mengelak kamera e-TLE, wanita di Lamongan ini menutup nombor plat motosikal dengan seluar dalam,” demikian kapsyen pada video berkenaan.
Klip video itu memaparkan seorang wanita berbaju biru sedang menunggang motosikal di sebatang jalan dari arah belakang.
Kelihatan sehelai seluar dalam wanita berwarna merah jambu diletakkan untuk menutup nombor plat motosikal tersebut.
Perakam klip video itu kedengaran tidak dapat menahan ketawa melihat aksi wanita tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di kawasan Pasar Miru, daerah Lamongan, Jawa Timur.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Makcik-makcik memang tidak boleh dilawan,” kata seorang netizen.
“Tidak ada kain lain ke makcik?” komen netizen lain. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan