"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Masa untuk bertindak, mari sertai AYUH MALAYSIA

Di antara 2016 ke 2018, seramai 44,000 sukarelawan telah berkhidmat membantu calon-calon Pakatan Harapan dalam PRU2018. Mereka direkrut, dilatih, dan ditugaskan di seluruh negara, terutamanya di 44 kerusi marginal yang menjadi tumpuan kempen saya ketika itu.

Mereka memainkan peranan penting. Selain menjadi Ejen Undi (PACA), mereka juga berkempen dari rumah ke rumah dan menelefon berpuluh ribu pengundi atas pagar melalui phone bank.

Paling penting, mereka menghidupkan kempen dengan berkongsi maklumat harian melalui media sosial dan pesanan ringkas.

Kita hanya ada 3 – 4 bulan sebelum PRU akan datang, maka lebih baik kita bersedia dari sekarang.

Kita perlu menghidupkan semangat perubahan di kalangan rakyat dan ia bermula dengan sukarelawan. Kita perlukan sukarelawan dari pelbagai latar belakang untuk menyumbang kembali.

Oleh kerana masa yang singkat, kita perlu menggunakan setiap jam sukarelawan sebaik mungkin.

Kami akan memulakan latihan kumpulan pertama sukarelawan pada hari Sabtu ini, 2 Julai 2022.

Sukarelawan akan diberi taklimat mengenai tahap sokongan pengundi yang terkini dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan khusus (seperti PACA, phone bank dan lain-lain) sebelum mendapat tugasan di kerusi-kerusi penting.

Ini masa untuk bertindak kerana #AyuhMalaysia adalah gerakan kita.

Sementara kita berharap pimpinan dan parti politik menggandakan usaha mereka, kita juga perlu memainkan peranan.

Sertai saya hari Sabtu ini, 2 Julai 2022 di SJK(C) Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Pudu, dari jam 2 hingga 5 petang.

Anda boleh mendaftar untuk mendapat tempat di laman kempen #AyuhMalaysia https://ayuhmalaysia.org/event-registration/346

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden PKR.

Tiada ulasan: