"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berita palsu: Pelantikan Wan Azizah di JPM Diterbitkan: Jan 30, 2023 3:16 PM ⋅ Dikemaskini: 3:16 PM ADS Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Azman Abidin menafikan khabar angin bahawa isteri perdana menteri itu, Wan Azizah Wan Ismail dilantik memegang jawatan rasmi di Jabatan Perdana Menteri. Ia berikutan laporan bahawa Anwar melantik anak sulungnya Nurul Izzah sebagai penasihatnya dalam ekonomi dan kewangan. Keputusan itu mendapat kecaman ramai termasuk pembangkang yang mendakwa ia merupakan amalan nepotisme. Bagaimanapun, Azman menjelaskan Wan Azizah tidak dilantik untuk memegang sebarang jawatan di bawah JPM. ADS Katanyan kandungan poster yang tersebar itu juga adalah tidak benar. “Ini tidak benar. (Ia adalah) propaganda,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Terdahulu, sebuah poster tersebar dalam Whatsapp bagi mengucapkan tahniah kepada Wan Azizah atas pelantikannya sebagai pengerusi ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan yang telah disusun semula di bawah JPM. Poster itu tidak mempunyai sebarang tandatangan tetapi hanya potret Wan Azizah dan lambang jata negara. ADS Azman menjelaskan Wan Azizah hanya mempengerusikan mesyuarat dalaman di kalangan ahli-ahli parlimen Wilayah Persekutuan baru-baru ini untuk membincangkan isu di Kuala Lumpur dan ia bukanlah di bawah mana-mana agensi atau jabatan kerajaan. “Mereka bercadang untuk tubuh sebuah sekretariat yang tidak rasmi bagi menyelaraskan isu berkenaan KL. “Ahli-ahli parlimen KL yang minta Wan Azizah untuk pengerusikan mesyuarat. “Sebab Wan Azizah pun ahli parlimen Bandar Tun Razak. Tak salah pun untuk beliau mempengerusikan mesyuarat itu. “Tapi poster itu tidak benar, ini bukan satu jawatan yang rasmi. Mesyuarat ini tidak di bawah mana-mana agensi atau jabatan. Tiada kuasa untuk menetapkan dasar,” katanya. Dia juga menjelaskan bahawa mesyuarat itu tiada kaitan dengan Federal Territories Interactive Council yang ditubuhkan kerajaan pada Disember tahun lepas. Katanya, ia dipengerusikan sendiri oleh Anwar dan hanya menjadi platform bagi ahli parlimen membincangkan isu-isu kritikal dan mencadangkan dasar pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Dia menegaskan bahawa sekretariat tidak rasmi yang dicadangkan itu tidak terlibat dalam sebarang dasar atau membuat keputusan tetapi semata-mata untuk mengumpul dan menyampaikan pendapat serta perbincangan ahli Parlimen kepada Anwar. Jabatan Wilayah Persekutuan kini dikegtuai oleh ketua pengarahnya Rosida Jaafar. Lihat Komen Klik Jika Berminat Recommended by 1/5 Tell us your favourite dish in Asia for a chance to win USD1,500 travel vouchers! Fire Foam Lawsuit - Are You Owed Compensation? If You Suffer From Knee and Hip Pain You Should Read This Thousands flocked to spiritual leader who claimed to multiply money. Then dead bodies turned up Navigate market uncertainties with more confidence with OCBC Securities Tell us your favourite dish in Asia for a chance to win USD1,500 travel vouchers! Fire Foam Lawsuit - Are You Owed Compensation? Fire Foam Lawsuit - Are You Owed Compensation? TruLaw Audi Malaysia: What you can expect from the Official DistributorPromoted Audi Malaysia: What you can expect from the Official Distributor Audi Malaysia ‘I gave birth within 30 mins in hospital – and both my husband and doctor missed the delivery’Promoted ‘I gave birth within 30 mins in hospital – and both my husband and doctor missed the delivery’ CNA Lifestyle Anwar Ibrahim: The man who waited decades to be Malaysia's prime ministerPromoted Anwar Ibrahim: The man who waited decades to be Malaysia's prime minister CNA Flight from KL to Sabah diverted after snake spotted in overhead compartmentPromoted Flight from KL to Sabah diverted after snake spotted in overhead compartment CNA What lies ahead for Anwar's new government?Promoted What lies ahead for Anwar's new government? CNA I tried ‘quiet quitting’ at home. This is how it wentPromoted I tried ‘quiet quitting’ at home. This is how it went CNA Diabetes Is Not From Sweets! Meet The Main Enemy Of DiabetesPromoted Diabetes Is Not From Sweets! Meet The Main Enemy Of Diabetes news2ppl.com Zoe Tay: ‘I’ve been crazy over Louis Vuitton from a very young age’Promoted Zoe Tay: ‘I’ve been crazy over Louis Vuitton from a very young age’ CNA Lifestyle Meet the 23yo who invented a device to scratch that eczema itch without hurting your skinPromoted Meet the 23yo who invented a device to scratch that eczema itch without hurting your skin CNA Setiausaha politik Anwar nafi khabar angin pelantikan Wan Azizah di JPM

Malaysiakini
story-image
Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Azman Abidin menafikan khabar angin bahawa isteri perdana menteri itu, Wan Azizah Wan Ismail dilantik memegang jawatan rasmi di Jabatan Perdana Menteri.

Ia berikutan laporan bahawa Anwar melantik anak sulungnya Nurul Izzah sebagai penasihatnya dalam ekonomi dan kewangan.

Keputusan itu mendapat kecaman ramai termasuk pembangkang yang mendakwa ia merupakan amalan nepotisme.

Bagaimanapun, Azman menjelaskan Wan Azizah tidak dilantik untuk memegang sebarang jawatan di bawah JPM.

Katanyan kandungan poster yang tersebar itu juga adalah tidak benar.

“Ini tidak benar. (Ia adalah) propaganda,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, sebuah poster tersebar dalam Whatsapp bagi mengucapkan tahniah kepada Wan Azizah atas pelantikannya sebagai pengerusi ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan yang telah disusun semula di bawah JPM.

Poster itu tidak mempunyai sebarang tandatangan tetapi hanya potret Wan Azizah dan lambang jata negara.

Azman menjelaskan Wan Azizah hanya mempengerusikan mesyuarat dalaman di kalangan ahli-ahli parlimen Wilayah Persekutuan baru-baru ini untuk membincangkan isu di

Kuala Lumpur dan ia bukanlah di bawah mana-mana agensi atau jabatan kerajaan.

“Mereka bercadang untuk tubuh sebuah sekretariat yang tidak rasmi bagi menyelaraskan isu berkenaan KL.

“Ahli-ahli parlimen KL yang minta Wan Azizah untuk pengerusikan mesyuarat.

“Sebab Wan Azizah pun ahli parlimen Bandar Tun Razak. Tak salah pun untuk beliau mempengerusikan mesyuarat itu.

“Tapi poster itu tidak benar, ini bukan satu jawatan yang rasmi. Mesyuarat ini tidak di bawah mana-mana agensi atau jabatan. Tiada kuasa untuk menetapkan dasar,” katanya.

Dia juga menjelaskan bahawa mesyuarat itu tiada kaitan dengan Federal Territories Interactive Council yang ditubuhkan kerajaan pada Disember tahun lepas.

Katanya, ia dipengerusikan sendiri oleh Anwar dan hanya menjadi platform bagi ahli parlimen membincangkan isu-isu kritikal dan mencadangkan dasar pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.

Dia menegaskan bahawa sekretariat tidak rasmi yang dicadangkan itu tidak terlibat dalam sebarang dasar atau membuat keputusan tetapi semata-mata untuk mengumpul dan menyampaikan pendapat serta perbincangan ahli Parlimen kepada Anwar.

Jabatan Wilayah Persekutuan kini dikegtuai oleh ketua pengarahnya Rosida Jaafar.

Tiada ulasan: