"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khairy mungkin buat ‘comeback’ dalam PRN Selangor

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk kembali berpolitik pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor akan datang.

Khairy memberitahu Channel NewsAsia (CNA) berkata, beliau percaya Selangor adalah “pusat politik” Malaysia dan beliau merancang untuk membina pangkalan baharu politiknya di negeri itu.

“Ia adalah sesuatu yang saya sedang pertimbangkan (membuat kemunculan semula),” katanya.

“Saya telah memaklumkan kepada umum bahawa saya telah meninggalkan Negeri Sembilan dan berhijrah ke Selangor. Saya rasa ini adalah pusat politik Malaysia. Di sinilah ia akan berlaku.”

Mengenai apa langkah yang dilakukan dari segi keahlian parti, Khairy berkata, beliau masih mempertimbangkan pilihannya.

“Saya rasa ‘pasaran’ politik agak tepu sekarang, jadi penubuhan parti politik adalah satu pilihan, menyertai parti sedia ada adalah satu lagi pilihan. Saya perlu ambil masa untuk melihat apa yang lebih masuk akal,” katanya.

Khairy turut kesal dengan keputusan Umno memecatnya dengan berkata, beliau telah menjadi ahli selama 23 tahun.

“Dari segi politik, parti itu (Umno) adalah segala-galanya kepada saya. Untuk melihatnya menjadi seperti hari ini adalah tragis dan menyedihkan,” katanya.

Beliau berkata, sukar untuk Umno pulih selepas jatuh ke tahap paling rendah ketika ini.

“Saya percaya sukar bagi Umno untuk bangkit bukan kerana mereka menolak saya, tetapi kerana keseluruhan trajektori Umno sedang menurun,” katanya sambil menambah parti itu kini hanya mempunyai 26 kerusi Parlimen dan “masih enggan untuk melakukan pembaharuan”.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk kembali kepada Umno suatu hari nanti, namun berkata, ia perlu menjadi “parti yang jauh berbeza” sebelum beliau mempertimbangkan untuk berbuat demikian.

“Jika saya kembali kepada Umno untuk apa yang berlaku hari ini, saya percaya ia akan banyak membuang masa saya,” katanya.

Awal hari ini, Khairy berkata, beliau tidak akan merayu terhadap pemecatannya kerana “tiada gunanya” berbuat demikian.

Dalam temu bual di BFM The Breakfast Grille, beliau berkata, merayu adalah sia-sia apabila orang yang sama yang mahu dia keluar masih bersama parti itu.

Khairy dipecat pada Jumaat kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15 baru-baru ini.

Tiada ulasan: