"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Kasihanilah kami, kami keletihan' - kumpulan warga asing pertama tinggalkan Gaza

AFP
ORANG melalui pintu masuk untuk memasuki sempadan Rafah ke Mesir di selatan Semenanjung Gaza pada 1 November. FOTO AFP
ORANG melalui pintu masuk untuk memasuki sempadan Rafah ke Mesir di selatan Semenanjung Gaza pada 1 November. FOTO AFP
Rafah: Beratus-ratus pemegang pasport asing dan yang cedera serta terperangkap di Gaza mula meninggalkan wilayah yang dilanda perang itu, hari ini.

Ia susulan lintasan Rafah ke Mesir dibuka buat kali pertama sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, lapor wartawan AFP.

Konvoi bantuan yang sangat diperlukan sudah melepasi kawasan antara Mesir dan Gaza tetapi tiada sesiapa sebelum ini dibenarkan melalui lintasan Rafah.

Kira-kira 545 warga asing dan memiliki dua kewarganegaraan bersama kira-kira 90 yang sakit dan cedera mula beratur awal hari ini di terminal, antara yang dijangka meninggalkan Gaza.

Difahamkan, selepas dibenarkan masuk ke kawasan terminal, mereka perlu berbaris panjang di sekitar kawasan itu untuk pemeriksaan pasport dan dokumen lain.

Turut kelihatan, ambulans yang menunggu di sebelah Mesir untuk membawa mereka yang cedera dan sakit.

Zon sekitar terminal itu turut terjejas ketika serangan udara Israel ke atas Gaza selepas serangan Hamas yang menurut pihak berkuasa Israel menyebabkan 1,400 maut, kebanyakannya orang awam.

Seramai 240 orang lagi dijadikan tebusan

Mereka adalah antara lebih 15,000 yang cedera dalam serangan balas Israel, dibawa keluar untuk rawatan di hospital Mesir, yang menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas membunuh lebih 8,500 orang, dua pertiga daripadanya wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, gambar dirakam AFP menunjukkan seluruh keluarga membawa barang-barang dan beberapa individu yang cedera berkerusi roda serta ambulans memasuki pintu di persimpangan sempadan Rafah- satu-satunya yang tidak dikawal oleh Israel.

"Kami terharu... Kasihanilah kami. Kami orang Mesir dan tidak boleh menyeberang ke negara kami," kata Umm Yussef, individu memiliki dua warganegara iaitu Palestin-Mesir kepada AFP di sebelah Gaza.

"Biarkan kami masuk. Kami keletihan. Kami tidak boleh tidur atau makan".

Mesir mengumumkan individu cedera parah, warga asing, dan memiliki dua warganegara dibenarkan keluar dari Gaza, yang berdepan pengeboman tanpa henti oleh Israel beberapa minggu lalu.
-hmetro 

Tiada ulasan: