"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pasangan kekasih kaki curi van kena tahan

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
SUSPEK ditahan bersama van dipercayai dicuri. FOTO Ihsan PDRM.
SUSPEK ditahan bersama van dipercayai dicuri. FOTO Ihsan PDRM.
Ampang Jaya: Tindakan pasangan kekasih mencuri van di sekitar daerah ini dan Kuala Lumpur sebelum dijual di bengkel potong besi mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin.

Difahamkan suspek menyasarkan van model lama sebelum mencurinya dan dijual semula di kedai bengkel terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berusia 62 tahun bekerja sebagai kontraktor, menyedari vannya yang diletakkan di tepi Jalan Bunga Melur 12, Taman Muda, di sini hilang pada 7 pagi, Oktober lalu.

Susulan itu, katanya, pada 10.30 pagi sehingga 3 petang kelmarin sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang jaya menahan pasangan berusia 32 dan 37 tahun itu di Jalan Jejaka, Taman Maluri Cheras.

"Mereka tidak bekerja dan suspek pertama mempunyai 19 rekod jenayah dan 11 rekod narkotik, manakala suspek kedua tiada rekod jenayah dan narkotik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, setakat ini polis menerima enam laporan berkaitan kecurian van sejak Jun lalu.

Menurutnya, ujian air kencing kedua-dua suspek mendapati positif dadah dan polis merampas van dan kereta yang dilaporkan hilang di Ampang dan Gombak.

Katanya, turut dirampas lima telefon bimbit, sebuah Ipad, empat alat spanar, resit hotel, tshirt, sepasang kasut, sehelai seluar jeans, beg plastik, empat utas jam tangan, mesin pengukur elektronik, mesin waterjet cordless, dua topi keledar, beg mengandungi pelbagai rantai dan dua beg.

"Mereka direman empat hari bermula semalam hingga Sabtu untuk disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan," katanya.

Tiada ulasan: