"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

9 kes jenayah seksual sehari, rogol paling tinggi

HarapanDaily.com

Secara purata berlaku 9 kes jenayah seksual setiap hari di negara ini sepanjang tahun 2022.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan kes jenayah seksual meningkat 2.9 peratus dengan 3,303 kes pada 2022 berbanding 3,209 kes pada 2021.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata kes rogol mencatatkan peratus peningkatan tertinggi iaitu 9.6 peratus pada 2022.

Dalam kenyataan mengenai Statistik Jenayah Malaysia 2023, beliau berkata tiga kategori jenayah seksual mencatatkan penurunan kes.

“Bagaimanapun, kes seks luar tabii, gangguan seksual dan cabul kehormatan masing-masing menunjukkan penurunan sebanyak 10.4 peratus, 5.7 peratus dan 0.5 peratus, katanya.

Sementara itu, katanya, jenayah indeks dan jenayah komersial, masing-masing menurun sebanyak 4.1 peratus dan 3.0 peratus kepada 50,813 kes dan 30,536 kes pada 2022.

Walau bagaimanapun, jelasnya, jenayah siber meningkat 44.3 peratus kepada 577 kes daripada 400 kes dalam tempoh yang sama.

“Jenayah indeks merangkumi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Kedua-dua jenayah ini masing-masing menunjukkan penurunan 10.0 peratus dan 2.4 peratus kepada 10,348 kes dan 40,465 kes pada 2022,” katanya.

Mohd Uzir memaklumkan, kesemua jenis kesalahan di bawah jenayah komersial pada 2022 yang dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurun kecuali kesalahan berkaitan wang palsu dan jenayah siber.

“Kesalahan tipu merekodkan bilangan tertinggi iaitu 27,247 kes (89.2%) diikuti pecah amanah (911 kes; 3.0%) dan kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (832 kes; 2.7%),” tambahnya lagi.

Tiada ulasan: