HarapanDaily.com
Tiada peningkatan harga ayam di peringkat rantaian bekalan dalam tinjauan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di kawasan sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya.
Menerusi kenyataan malam ini, KPKM berkata, pemantauan pada hari pertama pengapungan harga ayam hari ini mendapati harga ayam yang dijual adalah antara RM7.39 hingga RM9.40 sekilogram (kg).
“Pengguna mempunyai pelbagai pilihan daripada segi harga jualan serta jenis ayam yang dijual berdasarkan lokasi dan tempat jualan. Aspek bekalan juga adalah stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.
“Pihak KPKM akan terus bekerjasama erat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memastikan kestabilan bekalan ayam di pasaran serta memantau secara dekat mengenai sebarang aktiviti pencatutan yang dilaporkan,” kata KPKM.
Di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, hasil tinjauan KPKM mendapati ayam standard dijual pada harga RM9.40 sekilogram dengan caj upah pemotongan 50 sen manakala Pasar Raya Econsave Kota Warisan Sepang, harga ayam standard dijual RM8.39 sekilogram.
Sementara itu, di Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) Sungai Merab, harga ayam super dijual RM9.20 sekilogram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan