"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bolivia, Chile dan Colombia mula bertindak ke atas Israel

Agensi
Bolivia
Freddy Mamani
NEW YORK – Pembunuhan berterusan Israel terhadap penduduk di Gaza mencetuskan perasaan simpatan negara-negara Amerika Selatan terhadap rakyat Palestin.

Bolivia menjadi negara pertama dari Amerika Selatan  memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel susulan pelancaran operasi ketenteraan negara Zionis ke atas Gaza.

Timbalan Menteri Luar Bolivia, Freddy Mamani berkata, negaranya bertindak demikian kerana jenayah kemanusiaan melampau yang dilakukan oleh Israel.

Mamani berkata: “Kerajaan telah memutuskan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Israel, sebagai penolakan dan kecaman terhadap serangan tentera Israel yang agresif dan tidak seimbang yang dilakukan di Semenanjung Gaza.

Negara berkenaan juga mendesak agar gencatan senjata dilakukan selain akan segera menghantar sumbangan kemanusiaan ke Gaza.

Sementara itu Chile dan Colombia mengarahkan duta mereka keluar Israel bagi membantah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Presiden Colombia, Gustavo Petro, baru-baru ini menyamakan tindakan Israel dengan tindakan Nazi dan Adolf Hitler.

Presiden Chile, Gabriel Boric, juga mengumumkan bahawa dia telah memanggil semula duta negaranya di Tel Aviv dan membincangkan “pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang tidak boleh diterima” yang dilakukan Israel di Gaza.

Boric berkata, lebih 8,000 orang awam mangsa serangan Israel – kebanyakannya wanita dan kanak-kanak – menunjukkan bahawa operasi ketenteraan mewakili “hukuman kolektif penduduk awam Palestin di Gaza”.-Agensi

Tiada ulasan: