"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Serangan Israel sekitar hospital di Gaza cetus panik

HARAPAN DAILY 
Serangan Israel sekitar hospital di Gaza cetus panik
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, serangan Israel berhampiran Hospital al-Quds di Bandar Gaza menyebabkan ketakutan dan panik di kalangan orang awam dan pekerja kesihatan yang kehilangan rumah.

Pengeboman dilaporkan di seluruh wilayah yang dikepung ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata.

Hospital Indonesia di Gaza melaporkan serangan ketiga berhampiran kemudahan itu awal hari ini, beberapa jam selepas Hospital Persahabatan Turki-Palestin berkata serangan Israel menyebabkan kerosakan dan kecederaan, dipetik Al Jazeera. 
Benjamin Netanyahu terus angkuh untuk meneruskan perang.
Serangan udara Israel yang sudah memasuki hari ke-25 juga menyaksikan sekitar Hospital Eropah Gaza turut diserang.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu kepada Majlis Keselamatan untuk gencatan senjata susulan amaran ketua UNICEF bahawa lebih 420 kanak-kanak terbunuh atau cedera di Gaza setiap hari.

Setakat ini, lebih 8,005 rakyat Palestin syahid akibat serangan tanpa henti daripada tentera rejim Zionis.

Pembunuhan beramai-ramai oleh penjenayah perang Israel juga mengakibatkan 116 anggota perubatan, 18 petugas pasukan penyelamat dan kru pertahanan awam, selain 35 wartawan turut terbunuh.

Dalam Sidang Khas Tergempar ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 27 Oktober lalu, 120 negara termasuk Malaysia mengundi menyokong gencatan senjata segera di Genting Gaza.

Keangkuhan Zionis untuk mematuhi undang-undang perang juga terbukti apabila 47 masjid dan tiga gereja rosak manakala 203 sekolah dan 80 bangunan kerajaan Gaza turut musnah dibedil tentera Israel.

Tiada ulasan: