"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 maut, 1 parah kereta rempuh pembahagi jalan

FMT Reporters
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok pembahagi jalan. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Bukit Impian-Senai, Johor Bahru.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Wan Nor Affendi Wan Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.15 pagi tadi sebelum 20 anggota BBP Kempas dan BBP Skudai dihantar ke lokasi.

“Nahas membabitkan sebuah kereta Proton Wira dinaiki lima lelaki terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan.

“Dua mangsa iaitu N Khatiravan, 23, dan M Arvindran, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan menurut Berita Harian.

Menurutnya, mangsa parah pula dikenali sebagai V Thineswaran, 22, manakala S Arivin, 24, dan Muhammad Syafiq Abdullah, 36, dilaporkan mengalami cedera ringan.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mereka yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan susulan.

Tiada ulasan: