"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan

BERNAMA

Kuala Lumpur: Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lalu.

Erwanshah Mohd Ali Syafie, 26, Mohammad Fauzi Baladius, 22, dan Jaidy Tahir, 23, yang kesemuanya berambut panjang hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja-T ketat, didakwa merompak beg sandang mengandungi dokumen dan wang tunai RM1,500 milik Mohamad Zulhilmie Ongkim, 26, di belakang sebuah kelab malam di Jalan Peel Off Jalan Shelly, Wangsa Maju di sini pada 5.20 pagi, 10 Julai lalu.

Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Namun peguam Adila Aziz yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya yang bekerja sebagai jurusolek bebas tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hakim Dr Azrol Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan kes.

Tiada ulasan: