"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak Rabu ditemukan mayatnya, dipercayai dibunuh

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
MAYAT Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor. FOTO Ihsan Polis
MAYAT Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor. FOTO Ihsan Polis
Kuala Lumpur: Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.

"Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Tiada ulasan: