"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penguatkuasa buat kerja apa?: Penempatan haram warga asing sudah wujud 15 tahun?

Penempatan haram warga asing diserbu lagi
Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
JABATAN Imigresen Malaysia menyerbu penempatan haram dekat Taman Bandar Senawang. FOTO Ahmad Hasbi
JABATAN Imigresen Malaysia menyerbu penempatan haram dekat Taman Bandar Senawang. FOTO Ahmad Hasbi
Seremban: Selain dikelilingi hutan tebal, kawasan penempatan haram pendatang tanpa izin (PATI) dekat Taman Bandar Senawang, di sini, turut dipagari zink dengan papan tanda dilarang masuk.

Difahamkan juga, penempatan seluas 2,700 meter persegi itu dipercayai sudah wujud kira-kira 15 tahun lalu berdasarkan rekod pernah diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 2009.

Namun, penempatan yang pada asalnya menjadi tempat tinggal pekerja kontrak binaan taman perumahan berdekatan kini dipercayai didiami sehingga 150 warga asing.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pihaknya, satu serbuan dijalankan awal pagi tadi dan 11 PATI ditahan.

"Mereka terdiri daripada tujuh lelaki Indonesia dan empat lelaki warga Bangladesh yang disyaki tinggal lebih masa dan tiada sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Operasi membabitkan 180 kekuatan dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti polis, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK)," katanya ketika sidang media selepas operasi.

Tinjauan wartawan di lokasi turut mendapati penempatan berkenaan dibina seperti bilik asrama daripada papan lapis dilengkapi dapur dan bilik air, namun dalam keadaan naif dan kotor.

Terdapat juga kedai makan dan struktur seperti dewan makan yang dilengkapi televisyen besar selain dikesan kegiatan bercucuk tanam serta menternak ayam untuk kegunaan sendiri.

Kennith berkata, pihaknya masih menyemak status tanah berkenaan kerana penghuni mendakwa mereka mendiami penempatan yang disediakan majikan tanpa sebarang bayaran.

"Penempatan ini pernah diserbu sebelum ini dan kami mendapati ia semakin luas. Fokus kami adalah untuk mencegah kediaman seperti ini terus berleluasa.

"Kami akan semak status tanah ini dan tindakan selanjutnya akan diambil termasuk merobohkan struktur premis. Kami juga mengesyaki mereka mencuri elektrik dan bekalan air," katanya.

Jelas beliau lagi, hasil risikan mendapati penempatan berkenaan juga dijadikan transit bagi warga asing yang belum mendapat pekerjaan dengan caj sebanyak RM50 satu malam.

"Kami sudah mengenal pasti ketua yang mengendalikan penempatan ini dan akan diambil keterangan. Kami juga percaya kawasan ini dijaga seseorang di kawasan pintu masuk sebagai langkah keselamatan," katanya.

Tiada ulasan: