"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang remaja ditangkap polis 5 minit selepas bebas dari penjara

KOSMO!
SAHARAT ditangkap polis kira-kira lima minit selepas dibebaskan dari penjara di Bangkok. - Foto Oplus_0
BANGKOK – Seorang remaja ditangkap semula kira-kira lima minit selepas dibebaskan dari sebuah penjara di wilayah Udon Thani, lapor portal berita The Pattaya News semalam.

Remaja berusia 21 tahun itu dibebaskan selepas dia dihukum penjara selama dua bulan kerana kesalahan mencuri.

Bagaimanapun, suspek yang bernama Saharat Sananthai ditangkap oleh polis Banglamung selepas dia teruja kerana dibebaskan dari Penjara Min Buri, Bangkok, Sabtu lalu.

Menurut polis, Saharat ditangkap kerana disyaki melakukan beberapa siri kecurian sejak 13 Mei tahun ini.

Dia didakwa menyamar sebagai pegawai dari yayasan amal terkenal untuk mendapatkan akses kepada peti derma di pelbagai lokasi seperti hospital, pusat beli-belah, hotel dan lapangan terbang di Chonburi. 

Remaja itu dipercayai akan menggunakan dokumen palsu untuk menipu kakitangan dan kemudian membuka kotak dan mencuri wang itu. – AGENSI

Tiada ulasan: