Malaysiakini
Aktivis Perikatan Nasional (PN) Wan Muhammad Azri Wan Deris Papagomo ditahan polis daripada Bukit Aman selepas menghadiri perbicaraan kes hasutan di mahkamah hari ini.
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata anak guamnya itu ditahan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta tengah hari ini.
Rafique berkata Papagomo hari ini hadir perbicaraan hari kedua susulan pertuduhan menghasut, termasuk dengan menuduh kerajaan pro-Israel dan pro-Barat.
“Mereka dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi. Arahan daripada atas. Ia berkaitan laporan polis berkaitan akta hasutan.
“Kerajaan hari ini betul-betul salah guna kuasa,” katanya.
Ketika dihubungi, Rafique tidak jelas apa berkaitan kesalahan khusus yang dilakukan anak guamnya.
Papagomo turut berdepan pertuduhan menghasut lain dalam isu jualan stoking bertulis kaliman Allah oleh kedai runcit KK Mart.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan