"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kantoi selepas tiga kali curi pakaian

 Ahmad Hasbi

am@hmetro.com.my

TANGKAP layar rakaman CCTV tular menunjukkan perbuatan suspek mencuri pakaian bersama ampaian di Taman Chip Aik.

TANGKAP layar rakaman CCTV tular menunjukkan perbuatan suspek mencuri pakaian bersama ampaian di Taman Chip Aik.

Seremban: Bukan sekali, bahkan tiga kali seorang lelaki dipercayai mencuri pakaian yang dijemur pada ampaian di kawasan perumahan di Taman Chip Aik di sini.

Kejadian terbaharu berlaku kelmarin dan perbuatan suspek sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa.

Dalam rakaman itu menunjukkan sebuah kereta berwarna biru berhenti di hadapan rumah dan pemandunya keluar serta membuka pintu belakang, sebelum menarik masuk ampaian penuh dengan pakaian.

Lelaki itu juga dilihat mengambil beberapa helai pakaian di sebuah lagi ampaian yang diletakkan di hadapan rumah dan melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, susulan laporan dibuat pemilik rumah pada 10.20 pagi, suspek berusia 30-an berjaya ditangkap hari ini.

"Hasil maklumat awam dan perkongsian di media sosial, suspek berjaya dikesan dan tangkapan dibuat berserta rampasan yang disyaki pakaian dicuri di dalam kejadian ini," katanya, hari ini.

Mohamad Hatta berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu menyalurkan maklumat.

Beliau meminta saksi kejadian untuk tampil memberi keterangan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat IPD Seremban, Sarjan Mohd Hazrat Abdul Rashid di talian 011-61929004.

Tiada ulasan: