"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ajaran sesat: Ajar makrifat sambil sedut vape, meraba jemaah di hotel

Harapandaily

Terbongkar rakaman video seorang guru ‘makrifat’ mengajar sambil menghisap vape.

Rakaman sama didedahkan Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas) Malaysia juga menunjukkan guru itu meraba jemaah wanita di Hotel Perdana, Kuala Lumpur.

Menurut Pukas, kumpulan ajaran sesat batiniah dari Singapura itu dibawa oleh Azmi Ismail dan didakwa masih aktif di Malaysia.

“Terbaru mereka berprogram di Sarawak kerana di sana dilihat lebih strategik untuk pengikutnya dari Indonesia, Singapura dan Malaysia berkumpul.

“Sebelum ini, Pukas telah mendedahkan ajaran ini di page lama tetapi disebabkan page tersebut dipadam dan ia tidak sempat mendapat perhatian pihak berwajib,” menurut kumpulan pembongkar itu menerusi Facebook.

Azmi yang mengajar pengikutnya bertemu dengan Allah dan Nabi Muhammad mendakwa umat Islam di Nusantara berada dalam kesamaran iaitu sama ada Muslim atau tidak.

Dia turut mengaku telah 13 tahun mendapat wahyu secara langsung dengan Allah serta mengaku boleh memanggil Nabi untuk datang menemui jemaahnya.

Ajaran sesat itu juga dikatakan sedang berkembang termasuk di Indonesia, bahkan mutakhir ini Azmi kerap datang ke Malaysia.

Sehubungan itu, Pukas berharap agensi agama memfatwakan dan tidak membenarkan ajaran menyeleweng tersebut berkembang di negara ini.

“Pengikut kumpulan ini sangat taksub kepada Azmi sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk guru mereka,” kata Pukas lagi.

Tiada ulasan: