"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anggota polis peras ugut lelaki minta RM2,000 ditahan

Muhamad Lokman Khairi
bhnews@bh.com.my

IPOH: Seorang anggota polis ditahan kerana disyaki memeras ugut seorang lelaki untuk menyerahkan wang RM2,000 bagi menyelesaikan kes lampau dihadapi lelaki terbabit.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 40 tahun itu menawarkan bantuan menyelesaikan kes lampau berkaitan urin mangsa berusia 37 tahun di sebuah rumah di Langkap, Teluk Intan, pada 26 September lalu.

Katanya, lelaki itu yang bekerja sebagai buruh sawit membuat laporan polis berhubung salah laku anggota polis terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris mengesahkan suspek yang bertugas di sebuah balai polis di daerah Bagan Datuk ditahan di sekitar kawasan Hutan Melintang, Bagan Datuk pada jam 7 malam semalam.

"Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. Anggota ini memeras ugut mangsa untuk serahkan RM2,000 untuk selesaikan kes lampau mangsa," katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, hari ini.

Sementara itu, Azizi turut mengingatkan warga polis Kontinjen Perak supaya menjalankan tugas dengan penuh disiplin dan integriti, selain tidak terbabit kesalahan jenayah.

BERITA 

Tiada ulasan: