"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang bapa buang bayi di tepi jalan dicari polis

KOSMO!
SEORANG bapa disyaki membuang bayi yang baru lahir di tepi sebatang jalan raya. - Foto Facebook
BANDAR RAYA MEXICO – Pihak berkuasa sedang mencari seorang lelaki disyaki seorang  bapa muda yang membuang bayi baru lahir di tepi sebatang jalan di Mexico, lapor portal berita MailOnline semalam.

Perbuatan lelaki itu dirakam kamera pengawasan yang memaparkan dia membuang bayi tersebut yang dibungkus dengan beg plastik.

Rakaman menunjukkan lelaki tidak dikenali itu mengeluarkan beg plastik bersama bayi lelaki dari dalam beg galas.

Dia kemudian dilihat meninjau kawasan itu sebelum meletakkan beg itu berhampiran sebuah kereta di bandar Tultitlan.

Video yang diperoleh rangkaian berita Mexico, Tele Diario memaparkan anggota-anggota paramedik merawat bayi itu sebelum dihantar ke sebuah hospital.

Bayi itu kini semakin pulih dan berada di bawah jagaan sebuah institusi keluarga. – AGENSI

Tiada ulasan: