"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat MB Pas ini berpotensi jadi PM?

Penganalisis ragu potensi empat MB Pas jadi PM

SITI NUR ZAWANI

Seorang penganalisis politik meragui kebolehan empat menteri besar Pas yang didakwa berpotensi diketengahkan sebagai calon perdana menteri.

Prof Madya Dr. Azmi Hassan berkata, penilaian beliau itu berdasarkan empat negeri ditadbir parti tersebut yang tidak menunjukkan perkembangan lebih baik.

Kata beliau, Perlis yang ditadbir Mohd Shukri Ramli, Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Kelantan Datuk Nassuruddin Daud, dan Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tidak menunjukkan perbezaan lebih baik jika dibandingkan dengan negeri ditadbir Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

“Ia akan menakutkan mereka yang nak sokong Perikatan Nasional (PN) kerana Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dipimpin empat menteri besar ini tak menunjukkan apa-apa perbezaan dan perubahan yang lebih baik,” katanya memetik FMT.

Beliau juga percaya orang ramai tidak akan sepenuhnya bersetuju dengan pilihan tersebut.

Sebelum ini Pemuda Pas Pulau Pinang berkata tiga menteri besar dari parti itu selain Ahmad Samsuri boleh diangkat sebagai calon perdana menteri mewakili PN.

Naib ketuanya Muhamad Hafis Alias menamakan Sanusi, Nassuruddin dan Mohd Shukri yang didakwa boleh diketengahkan untuk mengetuai Putrajaya.

“Kini Pas mempunyai banyak kepimpinan pilihan seperti Sanusi, Shukri dan Nassuruddin…tidak hanya tertumpu Dr Sam,” katanya kelmarin.

Tiada ulasan: