"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson terbakar

NOR AINNA HAMZAH
Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson meletup dan terbakar, kira-kira pukul 9 malam tadi. - IHSAN MEDIA SOSIAL
PORT DICKSON – Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson di sini dilaporkan meletup dan terbakar kira-kira pukul 9 malam tadi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan teknikal dikerahkan ke lokasi bagi menilai situasi serta mengambil langkah diperlukan untuk memastikan keselamatan semua pihak.

“Pada masa ini, bekalan elektrik kepada pengguna tidak terjejas, dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“TNB akan terus memantau perkembangan situasi dan akan memberikan maklumat terkini sekiranya diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pasukannya menerima panggilan kecemasan pukul 9.09 malam dengan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: