"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akhirnya terjawab kenapa Bersatu terpaksa buat gimik PRU mengejut…

SITI NUR ZAWANI

Pemerhati politik menjangkakan hubungan Bersatu dan Pas sedang renggang, menjadi punca parti diketuai Tan Sri Mahiaddin Md Yassin itu terpaksa menyebarkan desas desus pilihan raya mengejut.

Mohd Sayuti Omar berkata, ia adalah gimik bagi mengeratkan semula hubungan politik dalam Perikatan Nasional (PN) kerana perubahan dalam Pas dianggap cukup membimbangkan Bersatu.

“Bacaan politik saya; Bersatu buat kenyataan itu kerana ia kini sudah terdesak kerana hubungannya dengan Pas sudah renggang.

“Jadi parti itu terpaksa buat gimik bagi mengeratkan semula hubungan politik mereka menerusi PN. Bersatu berharap kerenggangan itu tidak sampai retak, pecah dan mereka bercerai.

“Sebenar gelora angin tengkujuh dalam Pas sudah dihidu oleh Bersatu dan ia sangat membimbangkan tentang masa depannya,” katanya di Facebook.

Mohd Sayuti yang juga seorang penulis buku politik berkata, keparahan hubungan Bersatu dengan Pas persis penghidap kanser yang hanya dibatasi tempoh sahaja untuk berakhir.

Terdahulu tiada angin tiada ribut, Bersatu memberi bayangan mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut atau ‘snap election’ pada hujung tahun ini.

Bahkan Mahiaddin dikatakan sudah mengeluarkan arahan supaya jentera parti bersiap sedia.

Tiada ulasan: