mStar
SEORANG guru madrasah ditahan pada Ahad atas dakwaan meliwat dua kanak-kanak lelaki.
Suspek, Bojlur Rahman, 30, merupakan guru kanan madrasah berkenaan.
Salah seorang ibu mangsa mendakwa anaknya yang berusia 10 tahun diliwat selama dua bulan.
Bagaimanapun, mangsa baru sahaja mendedahkan perkara itu kepada keluarganya.
Seorang lagi ibu mangsa berkata, anak lelakinya yang berusia 9 tahun diliwat selama empat bulan.
Selepas ia terbongkar, penduduk tempatan menahan suspek selama beberapa jam sebelum tentera campur tangan dan membawanya ke dalam tahanan.
Pihak polis di Sarishabari Upazila Jamalpur, Bangladesh sedang menyiasat lanjut kes tersebut.
Dua mangsa itu dimasukkan ke hospital tempatan untuk pemeriksaan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan