"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru wanita maut dipercayai dibunuh abang

Buletin TV3 

TUARAN: Seorang guru wanita ditemui maut disyaki akibat dibunuh abang kandungnya yang dipercayai mengalami masalah mental, dalam sebuah rumah tidak bernombor di Tenghilan di sini, semalam.

Mangsa berusia 41 tahun dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah di belakang rumah keluarganya.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin, berkata bertindak atas maklumat diterima, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, menahan suspek warga tempatan berusia 47 tahun pada hari sama.

“Mangsa disahkan meninggal dunia selepas ditemui dengan kesan kecederaan pada bahagian leher, kepala dan kedua-dua mata dipercayai akibat serangan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai mengalami masalah mental dikatakan pernah menjalani rawatan susulan di fasiliti kesihatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan, manakala bedah siasat ke atas mangsa dijalankan di Unit Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya.

Noraidin berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, dan hubungi pihak IPD Tuaran melalui talian 088-794313 sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu.

Tiada ulasan: