Harapandaily
Penekanan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai pemimpin tidak boleh berbohong dilihat ibarat menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri.
Semasa berucap dalam perhimpunan Turun Anwar hari ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian berkenaan berkata, rakyat akan bangkit menolak pemimpin yang bohong, zalim dan sombong.
“Tidak mungkin rakyat boleh pertahan pemimpin yang berbohong. Pemimpin tidak boleh berbohong.
“Pemimpin tidak boleh khianat amanah rakyat. Kelak rakyat akan bangkit menolak pemimpin yang bohong, zalim dan sombong.
“Terpahat dalam lipatan sejarah pada hari ini, rakyat bangkit dalam Himpunan Turun Anwar, menzahirkan suara penolakan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim!” ulanginya lagi menerusi hantaran di Facebook.
Susulan itu, netizen mengingatkan kembali Tuan Ibrahim tentang penghapusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pas yang pernah menjadi komponen kerajaan ‘Tebuk Atap’ sebelum ini dikecam apabila tidak pula menghapuskan PTPTN.
Ini memandangkan, pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan pernah berkata, rakyat berhak untuk mendapat pendidikan percuma.
“Pas, kita akan hapuskan semua hutang PTPTN. Pasal apa? Rakyat memang berhak dapat pendidikan percuma,” kata Tuan Ibrahim dalam satu ceramah Pas yang diingati orang ramai.
“Ye lah, macam ustaz cakap kalau jadi kerajaan nak hapus PTPTN, ‘kan…
“Kita pun tunggu PTPTN dihapuskan – Janji Tuan Ibrahim apabila dah tubuh kerajaan nanti…
“Ingat tuan ostad. Kalau nanti dapat memerintah tunaikan janji nak hapus PTPTN. YouTube tak boleh padam janji-janji tersebut,” demikian antara komentar warga maya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan