"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda 20an tinggalkan bungkusan baju di tepi jambatan sebelum hilang

NOOR HASLIZA NUSI
Anggota bomba ketika di lokasi kejadian di KM2.8 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, malam tadi.
GEORGE TOWN – Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari pulau menghala ke Perai di sini, malam tadi.

Mangsa dipercayai berusia 20-an itu bertindak meninggalkan bungkusan plastik yang berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal jenis Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 6.56 petang tadi.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai diketuai Penguasa Bomba Kanan l, Rohaizal Abdul Aziz.

“Pasukan dimaklumkan oleh orang awam terdapat seorang mangsa dipercayai telah terjatuh dari jambatan ke laut.

“Sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 bersama telefon bimbit ditinggalkan di lokasi. Operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan dan pada ketika ini pasukan Maritim Malaysia dan Polis Marin telah ke lokasi kejadian,” ujarnya di sini,a malam tadi.

Beliau memberitahu, setakat ini, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti dan maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. -KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: