FMT Reporters
Vladimir Lakubanets, 2, disahkan meninggal dunia pada 9.46 pagi tadi setelah menerima rawatan sejak 16 Nov.

Kanak-kanak warga Rusia meninggal dunia hari ini di Hosptal Sultanah Bahiyah, Alor Setar, di mana dia menerima rawatan akibat sengatan ubur-ubur di Langkawi Sabtu lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak warga Rusia meninggal dunia hari ini selepas dirawat di hospital akibat terkena sengatan ubur-ubur ketika bercuti di Langkawi, Sabtu lalu.
Vladimir Lakubanets, 2, disahkan meninggal dunia pada 9.46 pagi tadi setelah menerima rawatan sejak 16 Nov.
Menurut bapa kanak-kanak itu, Nikita Lakubanets, 32, beliau dimaklumkan oleh doktor anaknya meninggal dunia akibat keracunan daripada sengatan ubur-ubur.
Lakubanets berkata, kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi Sabtu, ketika dia dan isterinya membawa anak mereka berjalan-jalan di pantai berdekatan Dataran Pantai Chenang.
“Ketika anak mandi di pantai, tiba-tiba dia menjerit dan menangis. Isteri terus mendapatkan anak kami dan mendapati ubur-ubur besar menyengat kedua-dua belah kakinya.
“Isteri saya juga terkena sengatan ketika menanggalkan cengkaman ubur-ubur itu dari kaki anak saya,” katanya, lapor Kosmo.
Lakubanets berkata, beliau berusaha memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum menghantar ke klinik, namun anaknya kemudian dirujuk ke HSB keesokan harinya apabila keadaannya memburuk.
Ibu kanak-kanak tersebut, Olga Lakubanets, 32, berkata mereka berharap dapat membawa pulang abu mayat pada 26 Nov ini, iaitu tarikh sepatutnya pulang ke Rusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan