Buletin TV3

Sheikh Hasina. Foto AFP
DHAKA: Mahkamah di Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina.
Ia selepas mendapati beliau bersalah atas jenayah terhadap kemanusiaan.
Hasina disabitkan tiga pertuduhan, termasuk hasutan, mengeluarkan arahan membunuh dan gagal mengambil tindakan untuk mencegah kekejaman.
“Kami telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman tunggal kepadanya, iaitu hukuman mati,” menurut Hakim Golam Mortuza Mozumder. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan