K PRAGALATH
Seramai dua ketua bahagian Bersatu di Selangor telah dikorbankan dengan pemecatan.
Ketua bahagian Bersatu Puchong Mohd Shukor Mustaffa dipecat serta merta kerana melanggar klausa 9.1.4. perlembagaan Bersatu.
Shukor dikatakan terlibat dalam perancangan gangguan semasa Perhimpunan Agung Tahunan.
Ketua bahagian Bersatu Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali dipecat di Bawah klausa klausa 22.5 dan 9.1.4.
Pemecatan kedua-dua mereka telah disahkan oleh pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Datuk Mohd Radzi Manan.
Trend pemecatan ini bermula dengan pemecatan keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Empat orang ketua bahagian lain turut menerima nasib sama seperti Wan Saiful.
Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula digantung keahlian selama sepenggal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan