"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki bersenjata culik 25 pelajar perempuan

KOSMO
Gambar menunjukkan Sekolah Menengah Komprehensif Perempuan Kerajaan di Maga, negeri Kebbi. - Mustapha Ibrahim
ABUJA – Sekurang-kurangnya seorang guru terbunuh, manakala 25 pelajar diculik kumpulan lelaki bersenjata yang menyerbu sebuah sekolah menengah perempuan milik kerajaan di barat laut Nigeria, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Komprehensif Perempuan Kerajaan di Maga, negeri Kebbi sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) semalam. 

Polis berkata, penyerang terlibat dalam kejadian tembak-menembak dengan pengawal  bertugas sebelum mereka  memanjat pagar dan melarikan pelajar dari asrama. 

“Seorang kakitangan terbunuh ketika cuba melindungi pelajar, manakala seorang lagi terkena tembakan dan sedang dirawat,” kata polis. 

Beberapa saksi berkata, kumpulan penyerang itu melepaskan tembakan rambang untuk mencetuskan panik. 

“Mereka membawa sejumlah pelajar ke kawasan belukar berdekatan,” kata saksi kepada BBC. 

Pihak berkuasa telah mengerahkan unit taktikal polis tambahan, anggota tentera dan kumpulan sukarelawan ke sekolah tersebut. 

Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan. – AGENSI

Tiada ulasan: