"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pasangan ‘selamba’ curi tabung, sorok dalam baju anak

AMIR HAIKAL KAMARUDIN
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Nurin__jazz di laman Threads
PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang didakwa mencuri sebuah tabung di sebuah premis mengundang kecaman selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna @Nurin__jazz, lelaki berkenaan didakwa mengambil tabung berisi wang sebelum menyembunyikannya pada pakaian seorang kanak-kanak yang dibawa bersama.

“Bersungguh-sungguh mencuri tabung yang hanya mengandungi beberapa sen, kemudian disorokkan pula di dalam baju anak.

“Mungkin sudah terbiasa mengambil sesuatu yang bukan hak sendiri. Kami akan membuat laporan polis sebentar lagi,” katanya.

Rakaman televisyen litar tertutup yang dikongsikan turut memaparkan seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak berada di dalam premis berkenaan.

Bagaimanapun, lokasi dan waktu sebenar kejadian itu tidak dapat dipastikan berdasarkan perkongsian tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan tersebut selain menyifatkannya sebagai contoh tidak baik kepada kanak-kanak.

“Malu apabila orang ramai melihat perkara ini. Kalau tuan badan tahu, pasti akan menjadi bahan dalam kalangan rakan-rakannya,” ujar @Mr_eskandar9.

“Inu bapa yang buat macam ini, jangan pelik pula apabila anak-anak tidak menjadi insan yang baik,” kata @Ciktimstimah.

Seorang lagi pengguna, @Wolfdantobi turut berkongsi pengalaman mengenai kejadian hampir sama membabitkan seorang kanak-kanak yang didakwa mencuri tabung di sebuah kedai kerana mahu membeli basikal. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: