"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah: Tikam isteri 13 kali, lelaki didakwa bunuh

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya dalam kejadian minggu lalu.

Tertuduh yang juga bapa kepada seorang anak, G Vikneswaran, 43, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah, lapor Sinar Harian.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas S Sila, 39, di sebuah rumah, antara jam lebih kurang 6.30 petang hingga 9.04 malam, 14 September lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan minimum 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Timbalan Pendakwa Raya S Preeyaa yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Sebutan semula kes ditetapkan 8 Disember untuk mendapatkan hasil bedah siasat dan laporan kimia.

Media sebelum ini melaporkan kematian seorang wanita akibat ditikam 13 kali oleh suaminya sendiri di rumah mereka.

Tiada ulasan: