"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jari manusia ditemui dalam mi ramen

Jari manusia ditemui dalam semangkuk mi ramen yang dihidangkan di sebuah restoran di sini bulan lalu.

Pusat Kesihatan Awam tempatan berkata, seorang pekerja sambilan dipercayai tidak sengaja memotong ibu jarinya semasa menghiris daging babi di kedai makan itu.

Pada 10 September lalu, seorang pelanggan perempuan terkejut selepas menjumpai ibu jari dalam mangkuk sup ramen yang dihidangkan kepada anaknya ketika menikmati makanan itu di rangkaian restoran terkenal yang dikendalikan Kourakuen Holdings.

Ibu jari tersebut bersaiz 0.7 sentimeter panjang dan 1 sentimeter lebar dengan kuku.

Pusat kesihatan dimaklumkan mengenai kejadian itu dua hari kemudian dan mengarahkan kedai terbabit mensterilkan alatan dan memeriksa kesihatan pekerjanya.

Sementera itu, Presiden Kourakuen Holdings, Norihisa Takeda berkata, pihaknya menerima laporan bukan sebahagian ibu jari yang ditemui dalam sup ramen tetapi kuku.

“Bagaimanapun, syarikat akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku,” katanya dipetik Japan Today.
-kualalumpurpost

Saya ditawarkan RM2 juta sebulan 'Tutup Mata' terhadap aktiviti jenayah - bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan

KUALA LUMPUR: Sejumlah besar wang ditawarkan untuk rasuah, demikian kata bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengenai beliau ditawarkan RM2 juta sebulan sebagai bayaran bagi menutup mata terhadap aktiviti jenayah.

Mereka bagaimanapun silap percaturan apabila pemimpin tertinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu bukan sahaja menolak tawaran tersebut, bahkan mempergiatkan gerakan membanteras jenayah terancang.

"Semasa saya di sana (PDRM), sindiket menawarkan saya RM2 juta sebulan supaya membolehkan mereka menjalankan aktiviti perjudian, pelacuran, dadah dan lintah darat tanpa diperiksa.

"Saya tolak dan pastikan mereka ditangkap," katanya selepas Seminar Integriti dalam Perkhidmatan Awam dan Majlis Penutup Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di sini, Rabu.

Musa berkata, beliau terlibat dalam operasi penahanan beberapa ketua sindiket berprofail tinggi semasa beliau berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu.

"Rasuah perlu dihapuskan dan ia tidak tempat dalam pasukan ini," katanya.

Malah kata Musa, beliau pernah dituduh mengambil rasuah semasa berkhidmat sebagai pegawai penyiasat di Melaka.

"Seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memberitahu saya bahawa saya disiasat kerana beberapa orang bahawa saya menggunakan nama saya untuk meminta rasuah.

"Saya beritahu pegawai itu untuk teruskan dan tahan mereka. Orang seperti itu jangan diberi muka," katanya.

Semasa menjadi KPN, Musa berkata, beliau mempunyai pendekatan bersungguh-sungguh membanteras jenayah terancang.

Salah satu kejayaan beliau apabila menahan tujuh suspek yang merupakan ketua geng warga Malaysia, termasuk seorang yang dikaitkan dengan geng di Singapura, pada Julai 2007.

Ia susulan arahan beliau mempergiatkan gerakan Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7), jenayah serius malah termasuk unit soal siasat, secara besar-besaran di Lembah Klang dan Johor.

Sebulan kemudian, Musa mencatatkan lagi kejayaan apabila beliau dapat menangkap salah seorang ketua sindiket paling berkuasa di negara ini, di Johor Baru.

Ditanya sama ada KPN lain turut menerima tawaran seumpama itu, Musa berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

"Malah saya tidak menerima hamper semasa saya menjadi KPN. Kita, sebagai pegawai kanan, perlu menjadi contoh dan menunjukkan perkara yang wajar kepada pasukan kita," katanya.

Tahukah Anda Simbol Amaran “E” Bukan Bermaksud Minyak Kereta Habis?

Tranungkite
 Kalau bawa kereta tiba-tiba muncul simbol E pasti dah gelabah fikir minyak dah habis kan? Kami pasti anda semua tidak tahu sejauh mana kereta anda masih boleh berjalan sekiranya simbol itu muncul berkelip-kelip.

Sebenarnya penting untuk kita semua tahu jarak perjalanan yang masih mampu diteruskan. Untuk mengelakkan kereta anda mati secara tiba-tiba, apa yang anda perlu tahu adalah:

1) Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.

2) E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud ‘Enough’.

3) Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km.

4) Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.

Perkongsian berguna ini kami dapat daripada Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ iaitu, Dato’ Ir Hj Mohamad b. Dalib . Pesan beliau, jangan panik jika simbol E menyala, yang penting, anda harus tahu kempat-empat perkara itu.