KITA biasa mendengar cerita 'lelaki gigit anjing'. Bagaimana dengan cerita 'lelaki kahwin anjing'?
Pelik tetapi benar, ia berlaku di India dua tahun lalu.
Perkahwinan luar biasa itu berlangsung di sebuah kuil tradisional Hindu di negeri Tamil Nadu, selatan India.
Pengantin lelaki ialah Selvakumar, seorang petani yang berusia 35 tahun.
Dia berkahwin dengan seekor anjing betina bernama Selvi.
Apakah sebabnya dia bertindak sedemikian? Selvakumar ingin menebus dosanya 17 tahun lalu. Dia telah melempar batu ke arah dua ekor anjing sehingga anjing itu mati.
Dia juga telah mengikatnya pada sebatang pokok.
Rentetan perbuatan kejam itu, Selvakumar mendakwa dia "menderita secara tidak langsung".
Menurutnya, tangan dan kakinya menjadi lumpuh, salah satu telinganya menjadi pekak dan bisu.
Doktor-doktor tidak dapat membantunya. Justeru, Selvakumar mendapatkan bantuan daripada seorang ahli nujum.
Kata ahli nujum itu, Selvakumar disumpah oleh roh anjing-anjing tersebut.
Sumpahan itu, katanya, hanya dapat ditamatkan sekiranya Selvakumar mengahwini seekor anjing dan hidup bersamanya.
Ahli-ahli keluarga memilih seekor anjing betina liar dan memandikan serta memakaikannya dengan "baju pengantin" untuk perkahwinan itu.
Anjing yang dinamakan 'Selvi' itu dibawakan ke kuil oleh para wanita kampung. Seorang sami Hindu menguruskan upacara perkahwinan itu.
Apa yang melucukan ialah Selvi cuba melarikan diri ekoran kehadiran ramai orang dalam upacara tersebut.
Bagaimanapun, Selvi berjaya ditemui dan dipulangkan kepada "suaminya".
"Anjing itu hanya digunakan untuk menamatkan sumpahan itu. Selepas itu, dia (Selvakumar) bercadang untuk mendapatkan pengantin perempuan yang sebenar," kata seorang kawan Selvakumar.
-mstar.com-
1 ulasan:
Salam ziarah,begitulah sifat manusia jika tdk berpegang dengan hukum Tuhan,tindakan spt haiwan yg tdk blh berfikir
Catat Ulasan