"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PERAK – Retak Membawa Belah (Bhgn 2)

Paduka Seri Sultan Perak telah mengeluarkan surat perintah mahukan Ir. Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Pada waktu yang sama paduka sultan tidak mahu Dewan Undangan Negeri dibubarkan seperti yang diminta oleh Ir. Nizar semalam.

Kini, kerajaan baru akan ditubuhkan di Perak setelah Dr. Zambery Abdul Kadir ADUN Pangkor diisytiharkan sebagai menteri besar baru dan semua exco pimpinan kerajaan BN akan ditabalkan pada hari Selasa depan (kerana Hari Isnin adalah cuti Thaipusam).

Pada waktu yang sama, Ir. Nizar telah menyatakan dalam satu sidang akhbar bahawa beliau enggan meletakkan jawatan kerana Dewan Undangan Negeri belum dibubarkan lagi. Beliau berikrar mahu bertugas sebagai Menteri Besar. Pada Jumaat semalam Nizar telah pergi ke pejabatnya dan merakamkan ‘punch card’ beliau. Sejurus kemudian dia mengadakan sidang akhbar di pejabatnya.

Keadaan menjadi kecoh sehingga Ketua Setiausaha Negeri bertindak meminta sidang akhbar dihentikan dan Ketua Polis Ipoh turut masuk campur dan mengugut agar para wartawan keluar daripada pejabat itu.

Mengikut maklumat media, Nizar telah dibenarkan masuk ruang pejabatnya walaupun keseluruhan bangunan telah dikawal dan dikepung oleh FRU yang bersenjata. Kononnya dia telah mendapat izin Setiausaha Kerajaan Negeri mahu masuk pejabat untuk mengambil barangan peribadinya, Tetapi peluang itu diambilnya untuk mengadakan sidang akhbar. Rupa-rupanya tidak ada barang-barang peribadi di laci dan mejanya mungkin Nizar sudah lama tahu kedudukannya yang rapuh itu memestikan dia menggunakan meja tulis sahaja dan segala barangan peribadi tidakpun disimpan di dalam laci.

Jelas, krisis politik Perak sudah bertukar menjadi satu ‘catastrophe’ bencana dan malapetaka politik. Ada orang Perak yang berpendapat, krisis ini menjadi bencana setelah Najib mengambil alih jawatan Ketua perhubungan UMNO Negeri. Saya hairan juga kenapa begini jadinya episod ini., apakah benar ramalan orang bahawa apa sahaja yang Najib pegang sekarang ini akan bertukar menjadi malapetaka dan negatif? Seolah-olah dia terkena badi dan sumpahan seseorang yang mati ? Kalau betul pun siapakah si mati yang boleh dikaitkan dengan Najib? Ada pula yang berkata Najib menanggung nasib buruk kerana ‘Fungsui' Rosmah yang tidak baik selepas kematian ayahnya Almarhum Cikgu Mansor. Memang ketika ayahnya meninggal Rosmah berada di London. Rumah orang tua itu di Gedung Lalang kini sudah menjadi sunyi sepi.

Bila seorang tua berstatus “Aki” bercakap; dengan saya perkara ini dia membuatkan saya terkejut juga. Masakan Almarhum Cikgu Mansur ada mengenakan sumpahan kepada Rosmah sebelum dia meninggal dunia? Apabila si mahaguru itu suruh saya berfikir lama sikit akan perkara itu, terlintas pula kisah Altantuya. Tetapi saya beritahu dia bukannya Rosmah yang membunuh Altantuya? Dia senyum lagi.

Si ‘Aki’ suruh saya fikirkan bagaimana BN kalah dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu baru-baru ini. Dia kata itupun kesan badi si mati yang menghantui Najib sebagai pengarah pilihan raya BN dan UMNO. Saya tidak mahu lumpuhkan semangat Tok Ki ini kerana saya tahu BN kalah di Kuala Terengganu kerana penglibatan rakyat marhaen segenap lapisan di sana. Yang terutama sekali ialah penglibatan lebih seratus orang ‘bloggers’ daripada seluruh tanah air yang pergi membantu Pakatan Rakyat dalam kempen di Kuala Terengganu.

Mengikut cerita beberapa orang kawan yang berada di Kuala Terengganu ketika itu, penglibatan bloggers dan sebaran maklumat melalui internet dan fon bimbit telah mengalahkan kuasa duit BN yang mencurah-curah serta jumlah pengundi hantu yang dibawa masuk untuk menumpaskan calon PR. Hebat sungguh berita itu kerana orang Terengganu kata duit Patrick Lim memang banyak yang mencurah malahan pada malam sebelum hari mengundi, Najib sendiri terkejut apabila diberitahu Lima Juta yang baru diserahkannya sudah habis dalam masa satu hari.

Saya tidak hairan kalau peranan bloggers dan SMS fon bimbit serta internet yang akan merancakkan episod Krisis Politik di Perak.

Namun demikian, secara peribadi ingin saya rakamkan di sini bahawa saya menulis ini hanya semata-mata untuk “posterity” ataupun bahan sejarah. Ini adalah tulisan yang ‘berkecuali” dan ‘neutral’ serta tidak memihak pada mana-mana parti politik. Saya menulis kerana saya sayangkan bangsa dan negara. Terutama sekali generasi yang akan datang yang perlu tahu apa sebenarnya berlaku.

Saya selalu berkata krisis politik adalah disebabkan ahli (orang) politik yang tamak kuasa dan rakuskan harta. Rakyat marhaen tidak tahu-menahu akan punca krisis ini kerana hanya setelah meledak suasana kelam-kabut dan kusut-masai barulah rakyat diberitahu dengan segala tipu helah dan maklumat songsang.

Inilah yang saya nampak berlaku di Perak.

Pada waktu inilah rakyat marhaen mahukan panduan dan arahan sultan yang bertanggungjawab. Kalau Sultan memihak kepada satu pihak sedangkan dia punyai ruang untuk berkecuali dan bertindak di luar batasan berpihak-pihak, tentu rakyat akan merasa lega dan selesa.. Itu sebabnya rakyat Thailand sanggup mati dan bertarung kerana raja mereka. Ini adalah kerana sikap Raja Thailand yang sentiasa adil. Malahan, kita jarang

 Apa yang disebut-sebu8t sebagai politik Perak yang tidak stabil sudah berubah menjadi betul-betul tidak stabil. Selama sebelas bulan Pakatan Rakyat dapat bertakhta segala usaha pemegang tugas telah disabotaj oleh UMNO khususnya yang terus mahu menerajui semula kerajaan negeri.

Rakaman para bloggers menyatakan perjalanan sejarah politik Perak dengan jelas baik selepas PR menang tipis sehinggalah waktu ini. Bloggers bukannya dibayar untuk membuat rakaman perjalanan sejarah malahan mereka menghabiskan masa dan wang ringgit untuk membuat rakaman perjalanan sejarah ini kerana sayangkan negara dan bangsa.

Mengikut sejarahnya, selepas BN kalah dalam pilihan raya Mac 2008, UMNO telah berusaha “membeli” beberapa ADUN PR agar lompat parti. Ketika itu PAS telah ditawarkan agar menubuhkan satu kerajaan bersama (BN-PAS) di Perak. Hinggakan UMNO sanggup memberikan jawatan menteri besar kepada PAS. Pihak UMNO telah bertemu dengan Pesuruhjaya PAS di Perak. Kita mesti faham, UMNO dan BN tidak pernah berunding mendapatkan kerusi hanya dengan air liur sahaja. Tentu ada tawaran imbuhan dan wang ringgit yang telah disebut-sebut. Mujur UMNO berunding dengan orang yang alim dan warak dan bukannya dengan seorang posmen ataupun bekas pegawai tentera. Jadi, gagallah rencana Tajol Rosli untuk menegakkan kuasa UMNO di Perak pada ketika itu.

Dengan gagalnya Tajol Rosli dalam usaha itu, muncul satu agenda baru di mana Tajol Rosli mesti diketepikan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Perak. Tujuannya ialah menyungkit naik Dr. Zambery Abdul Kadir, seorang rakan lama Mohd. Ezam. Dengan lain perkataan krisis yang berlaku sekarang adalah mainan kotor yang dilaksanakan oleh Ezam. Mohd Ezam pula mendapat sokongan padu daripada Khairy Jamaludin, seperti mana mereka berganding bahu dalam pilihan raya kecil di Terengganu baru-baru ini.

Ezam dan Dr. Zambery memang berkawan rapat. Kedua-dua mereka merupakan ‘budak suruhan’ Anwar Ibrahim satu ketika dahulu. Malahan kalau saya tidak silap;, Dr. Zambery masuk penjara ISA lebih awal berbanding Mohd Ezam. Sebelum dicekup dia bertegas mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak melakukan sodomi ke atas supir isterinya. Tetapi setelah dia dibebaskan daripada tahanan ISA barulah dia mengaku yang Anwar Ibrahim memang buat kerja sodomi ke atas Azizan Abu Bakar. Ironisnya tidak lama selepas itu, Azizan Abu Bakar sendiri membuat pengakuan yang dia tidak pernah diliwat oleh Anwar.

Seperti yang saya jangkakan, hasrat UMNO sudah terlaksana gara-gara peranan utama yang dimainkan oleh Sultan Perak. Dengan kata mudah, berlakunya rampasan kuasa di Perak adalah berasaskan tindakan pihak istana yang memihak kepada UMNO. Inilah yang membingungkan rakyat Perak dan seluruh negara. Kenapakah Sultan Azlan bertindak demikian dengan alasan BN dan UMNO sudah mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri? Sedangkan jumlah suara BN hanya 28 sama dengan jumlah suara Pakatan Rakyat. Lagi tiga kerusi sudah menjadi kerusi BEBAS.

Agenda licik yang dijalankan oleh Ezam ialah mengapi-apikan Dr. Zambery agar beberapa orang PKR dalam dipancing menganggotai UMNO dan tentunya Ezam kenal baik dengan ADUN Keadilan. Amat mudah dia merapati mereka atas nama kawan-lama kalau wang ada disediakan oleh Dr. Zambery.

Muslihat mereka berdua mendapat restu Khairy Jamaludin yang memang ghairah mahu menguasai pengaruh di kalangan ahli pemuda UMNO Perak. Buat masa ini Pemuda UMNO Perak amat kuat berpaut kepada Hishamuddin Hussein, ataupun Hishamuddin Hussein amat kuat berpaut kepada Pemuda UMNO Perak. Kita akan besarkan cerita ini pada satu masa yang terdekat.

Akan tetapi peranan Ezam dengan Zambery tidak dapat dikesan sangat oleh rakyat Perak kerana mereka bergerak di belakang tabir. Yang mereka sedar ialah kegiatan Zahid Hamidi yang berceramah sana-sini atas nama ukhwah Muslimin dan bertukar peranan daripada seorang Jebat di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menjadi seorang muallim yang berkhutbah dan berusrah di merata negeri.

Zahid Hamidi pernah menjadi Setiausaha Politik di Kementerian Pertahanan, semasa Najib menjadi Menteri pertahanan. Dengan lain perkataan, agenda merampas Perak daripada PR adalah dikepalai oleh Najib yang menyerahkan peranan panglima perang kepada Zahid Hamidi. Tetapi kerja busuk dilaksanakan oleh Ezam Mohd Nor dan Dr. Zambery. Khairy Jamaludin menjadi Pak Pacak untuk memudahkan Ezam membuat laporan kepada Abdullah Ahmad Badawi.

Peranan Sultan Yang Tegas

Siapa boleh sangka paduka Sultan yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara boleh bertindak brutal menyuruh Ir. Nizar melepaskan jawatannya. Tentu rakyat Perak masih ingat betapa sultan yang sama telah melengah-lengahkan majlis pelatikan Menteri besar itu satu ketika dahulu, kerana baginda mahukan BN dan UMNO mencari jalan agar dapat terus mengekalkan kuasa dan menerajui kerajaan. Rakyat pula seolah-olah akur dengan perbuatan melengah-lengahkan itu kerana rakyat terutamanya orang Melayu tidak mahu Exco Kerajaan negeri yang dikepalai seorang menteri besar Cina. Ketika itulah undang-undang tubuh negeri digunakan oleh Sultan yang mahu hanya seorang Menteri besar yang datang daripada bangsa Melayu dan beragama Islam.

Jika diimbas peristiwa itu dan ambil kira keadaan sekarang, mengikut kata-kata beberapa orang Perak yang saya hubungi Dr. Zambery adalah tidak tergolong dalam nisbah ‘Melayu”. Betulkah begitu? Apakah baginda Sultan tidak tahu?

Mengikut kata-kata orang BPR, ada lebih kurang dua puluh kes rasuah yang melibatkan Dr. Zambery dalam fail BPR. Amboi, banyak sungguh fail tu..... lebih banyak daripada fail YBJ di BPR.

Ketegasan Sultan Azlan Shah tentu berlandaskan undang-undang tubuh negeri Perak yang membolehkan baginda menitahkan Ir. Nizar dan anggota Exco Pakatan Rakyat melepaskan tugas mereka. “Jika tidak, jawatan mereka dianggap sudah dikosongkan.”

Hebat sungguh arahan dan titah Baginda. Tentu baginda sedar apabila UMNO diberikan kuasa memerintah semula jumlah kerusi UMNO ataupun BN adalah sama banyak dengan jumlah kerusi Pakatan yang mengandungi 17 kerusi DAP (satu baru PALING TADAH), 6 kerusi PAS dan 5 kerusi Keadilan. Jumlah semuanya 28 berbanding 27 kerusi UMNO dan satu kerusi MCA (Dr. Chenderiang). Secara perbandingan jumlah kerusi adalah seri. Tetapi tiga orang PR yang belot telah ditanya oleh Sultan dan mereka mengaku memihak kepada BN. Mereka tidak boleh lompat parti kerana melanggar “akujanji” mereka. Dengan itu mereka isytiharkan diri sebagai wakil BEBAS.

Sayang sekali, semasa baginda bertanya kepada mereka tentang hasrat lompat itu, baginda tidak pula bertanya berapa juta setiap seorang terima untuk lompat parti. Namun demikian, lambat laun kita akan tahu juga.

Inilah pertama kali dalam sejarah kesultanan Melayu di mana seorang sultan masuk campur dalam perjalanan politik negerinya. Inilah yang disebut sebagai fungsi sistem raja yang kita warisi sejak belum datangnya penjajah ke negara ini.

Tuanku Sultan telah menolak permintaan Ir. Nizar itu dikatakan sebagai mengambil kira kepentingan rakyat. Pihak istana dikatakan mengambil tindakan berhemah.

Memang Perlembagaan sudah jelas di mana raja berperlembagaan boleh bertindak mengikut tubuh undang-undang.

Pihak TV pun mewar-warkan kuasa sultan dengan berkata baginda sultan memikirkan kepentingan rakyat jelata. Ini adalah simbol baginda sebagai ketua urusan segala hal termasuk kestabilan politik dan ekonomi Hinggakan petikan Al Quran pun di sebut yang mengatakan kita harus setia kepada ketua kita. Mufti pun turut semangkuk dengan berkata, kalau ingkar perintah raja dianggap berdosa dan derhaka.

Rakyat Perak diminta bersabar dan berlapang dada untuk menerima titah dan tindakan sultan serta tumpukan kepada masalah ekonomi dan kestabilan politik. Jika tidak, ramai orang yang menganggur dan banyak kilang yang akan tutup.

Dengan lain perkataan, sultan Perak bertindak kerana Perak sudah tidak stabil dan krisis ekonomi dan politik di Perak adalah disebabkan pemerintahan Ir. Nizar dan Pakatan Rakyat.

Kelmarin (Khamis), Datuk Dr. Zahid Hamidi telah berkata di kaca TV bahawa “doa orang yang dizalimi selalunya cepat dimakbulkan oleh Allah” Saya terkejut dengan kenyataan itu kerana yang “dizalimi” itu mengikut beliau ialah rakyat jelata Perak dan orang-orang UMNO. Beliau berkata selama sebelas bulan orang-orang UMNO sudah merana di Perak dan inilah masanya untuk bangkit semula memperbetulkan keadaan.

TV1 juga telah menayangkan secara lintas langsung (live) bualan telefon antara Zahid Hamidi, 56 tahun dan datuk kepada 4 orang cucu dan tidak lama lagi akan dapat dua orang cucu lagi) dengan Dr. Zambery, 47 tahun.

Ayat pertama selepas menyebut tahniah kepada Zambery, Dr. Zahid Hamidi telah menyebut perkataan “ghanimah” yakni harta perang. Beliau tidak mahu Dr. Zambery merancang sesuatu yang membelakangkan kepentingan rakyat. Dengan kata mudah, Zahid Hamidi tidak mahu Zambery merancang apa yang pernah dilakukan oleh pentadbiran Tajol Rosli yang membalun harta sepanjang pemerintahannya.,

Memang seronok melihat bagaimana episod Perak ini menyerlah dari satu babak ke satu babak. Semacam satu drama bersiri, Cuma kali ini banyak babak di sebalik tabir tidak diketahui umum. Terutama sekali ialah imbuhan wang yang diberikan kepada orang-orang Pakatan Rakyat yang melompat keluar parti dan juga “imbuhan kautim” yang disogok kepada ADUN Bota, Nasaruddin, yang telah melompat parti daripada UMNO masuk PKR dan tidak pun sampai satu minggu melompat balik masuk UMNO.

Saya mahu ulas sedikit episod ini untuk rakaman sejarah.

a)Kenapa Anwar Ibrahim yang menyibuk sangat dalam episod ini? Kerajaan Pakatan Rakyat adalah dianggotai oleh 18 kerusi ADUN DAP, 6 kerusi PAS dan 7 kerusi Keadilan. Sepatutnya yang lebih menonjol dalam penyelesaian krisis ini ialah Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang. 
b)Kerajaan Pakatan telah diterajui oleh Ir. Nizar yakni seorang anggota PAS. Tentu Haji Hadi Awang ataupun Nik Aziz patut berada di Ipoh. Bukannya Nasaruddin. Malahan pada malam tadi yang hadir ialah Salahudin Ayub.

c)Inilah pertama sekali seorang sultan “turun padang” membuat keputusan atas nama kestabilan politik. Apakah benar politik Perak kepada kroni dan penjilat yang biasa? Sultan Perak bukan maksum sehingga TV1 berkata baginda bertindak untuk elakkan darurat. Soalnya kenapa mesti ada darurat? Sepanjang sebelas bulan Ir. Nizar memerintah dana kerajaan persecution yang patut disalurkan terus kepada negeri telah dimasukkan kepada jabatan-jabatan khas pimpinan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Wang itulah yang digunakan untuk meracuni fikiran rakyat bahawa Ir. Nizar memerintah dengan mengikut telunjuk Cina DAP?

Apakah Sultan tidak tahu betapa pegawai-pegawai KEMAS lantikan UMNO telah mengosongkan pejabat KEMAS dengan mengambil semua peralatan pejabat dan tinggalkan pejabat mereka kosong? Apakah Sultan tidak tahu Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum melalui undi pilihan raya di mana pengundi hantu dan pengundi tipu dikelolakan oleh kerajaan BN dan SPR untuk memberi undi pada BN?

d) Amat mudah media kerajaan BN mengatakan bahawa darurat akan terjadi seandainya Sultan tidak bertindak seperti yang dilakukannya. Kenapa mesti berlaku darurat? Adakah huru-hara di merata negeri Perak? Apakah sepanjang pemerintahan PR pelabur tidak mahu datang kerana korupsi yang begitu tinggi melebihi korupsi kerajaan BN dahulu? Kalau adapun korupsi yang berlaku jelas sekali ia dilakukan oleh orang-orang yang kini dipancing oleh UMNO agar lompat parti. Apabila mereka lihat sudut undang-undang akan ada masalah, mereka isytihar keluar Pakatan dan menjadi wakil BEBAS.

Kalau Badan Pencegah Rasuah (BPR) sendiri sudah rekodkan jenayah korupsi YBJ, kenapakah UMNO beria-ia sangat mahu menerima beliau untuk menguatkan suara majoriti. Malahan kenapakah Sultan Azlan sebut BN sudah ada suara majoriti, sedangakan jumlah kerusi BN adalah sama banyak dengan jumlah kerusi PR setelah tiga orang ADUN lompat parti dan menjadi anggota bebas?

e) UMNO dan Sultan Azlan selalu menyebut perkataan demokrasi. Mereka berkata tindakan sultan adalah proses demokrasi yang berlandaskan “Sultan berperlembagaan”. Tetapi naiknya PR menerajui kerajaan Perak adalah satu proses demokrasi juga. Rakyat yang bersuara melantik mereka. Jika berlaku krisis politik kenapa tidak rujuk kepada landasan demokrasi dan adakan pilihan raya umum sekali lagi?

Sultana dikatakan menjalankan tanggungjawab baginda. Baginda mahu Ir. Nizar meletakkan jawatan. Tetapi, Ir. Nizar enggan dan masih anggap dirinya Menteri besar yang sah. Apakah jadi seterusnya? Adakah Sultan akan anggap Ir. Nizar menderhaka dan melucutkan gelaran Datuk Seri yang baginda berikan pada beliau? Ataupun ikut cara raja lama di mana Ir. Nizar dihalau keluar negeri Perak?

Satu ketika dahulu Raja Abdullah telah dihumban oleh British ke kepulauan Seychelles kerana dianggap menentang arahan Penasihat British (British Advisor) yang mahukan baginda turun takhta. Inilah perjalanan sejarah yang dapat dilihat kini di kepulauan Seychelles dan Reunion. 
 

SILTAN BERDENDAM DENGAN NIZAR

Kita pendekkan cerita ini dahulu dengan saya merakamkan cerita orang Perak bahawa Sultan Azlan ada menaruh amarah terhadap Nizar kerana enggan mengongkosi Perayaan Jubli Perak Baginda yang akan berlangsung sehari dua ini.

Ir. Nizar telah bersetuju mengisytiharkan cuti am sebagai menyambut Jubli Perak . Tetapi kerana kerajaan pusat tidak menyalurkan wang pembangunan kepada kerajaan Perak, Nizar tidak mahu membazirkan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Satu ketika dahulu Sultan murka kerana Nizar tukarkan Ketua Majlis hal-ehwal Agama Islam Perak tanpa perkenan Sultan.

Apabila Sultan minta Nizar belanja besar menyambut perayaan, Nizar kata “kita buat sembahyang dan doa sahajalah..” Sultan naik angin dan cadangkan agar wang Baitulmal digunakan untuk perayaan itu. Sudah tentu Nizar enggan berbuat demikian sebab itu “adalah wang rakyat...tuanku!”

Semakin menarik cerita ini. Tentu ada yang lebih menarik lagi apabila Najib menjadi tetamu khas dalam perayaan Tahun Baru China di Ipoh malam nanti. Sedangkan Chap Goh Meh sudah lama berlalu.
 

Marhaintua 
08. Februari, 2009.

Tiada ulasan: