"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lantik 3 penasihat, 1 k.penerangan, membazir wang rakyat dan mendahului Sultan


"Tindakan Menteri Besar Perak yang ditolak rakyat, Zambry Abdul Kadir melantik 3 penasihat dan seorang Ketua Penerangan adalah satu pembaziran. Mereka terdiri daripada Mohd Najmuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.

Organisasi Kerajaan Negeri dibawah pimpinannya tidak ubah seperti satu jawatankuasa Umno Cawangan dimana seorang Ketua Penerangan turut dilantik bagi membantu Zambry.

Perlantikan 3 penasihat ini juga dilihat sebagai satu bukti kelemahan beliau berbanding Menteri Besar yang di iktiraf Rakyat-Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin yang bukan sahaja arif tentang keperluan umat Islam tetapi memahami bahasa dan budaya kaum Cina dan India dinegeri itu.

Pemborosan beliau terbukti bila mereka yang berjawatan penasihat dan Ketua Penerangan ini di berikan taraf Exco. Bila mereka diberikan taraf exco bermakna mereka juga mempunyai kuasa yang eksklusif dalam sudut pentadbiran eksekutif dan segala emolumen dan juga kemudahan yang dinikmati oleh exco lain akan turut dinikmati mereka.

Ini adalah satu pembaziran kerana mereka ini tidak memegang apa-apa Potfolio yang besar sedangkan exco lain akan melakukan lebih banyak kerja berbanding mereka.

Pembaziran wang rakyat ini juga tidak sepatutnya dilakukan dengan melantik 2 calon pilihanraya yang ditolak rakyat. Dalam pilihanraya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai.

Sepatutnya mereka tidak dipilih kerana sudah jelas ditolak rakyat. Lebih ramai calon lain yang tidak bertanding selain mereka yang boleh ditawarkan jawatan itu memandangkan ianya hanyalah sekadar jawatan Penasihat antara kaum.

Beberapa persoalan berkaitan kedudukan Sultan juga wujud. Adakah Sultan memperkenan perlantikan mereka. Sememangnya Menteri Besar punyai kuasa melantik seberapa banyak penasihat jika dia rasa tak mampu jaga Kerajaan, tapi bila mereka diberikan taraf Exco sewajarnya beliau merujuk kepada Sultan untuk dapatkan perkenan.

Ini bermakna Menteri Besar Umno ini telah bertindak melebihi kuasa Sultan yang berhak untuk memperkenan atau tidak perlantikkan exco ini.

Awal-awal lagi beliau sudah tunjuk kebodohan dan kebiadapan beliau terhadap Sultan. Inilah sikap penderhaka sebenar, mereka hanya rujuk Sultan bila tersepit. Kalau dah berjaya merompak kuasa, Sultan tidak dipandang langsung.


Oleh hermansamsudeen/http://www.tranungkite.net

Tiada ulasan: