"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Nizar orang pertama cuba dirasuah...'

Azamin Amin 
Mon | Feb 09, 09 | 10:35:08 am MYT

IPOH, 9 Feb (Hrkh) - Di sebalik tabir, sejak awal lagi sudah ada perancangan jahat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekaligus membelakang mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Episod 'rampasan' kuasa BN yang tidak beradab di Perak membuktikan lagi keangkuhan dan kebiadapn parti itu dalam melakukan apa saja untuk berkuasa.


Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMINdengan ditemani Jurugambar MUNIZAM bertemu Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang di pejabat PAS Perak di Ipoh 4 Februari lalu untuk mendapatkan butirannya.

HARAKAH:Apa reaksi awal Ustaz berhubung keputusan Suruhajaya Pilihan Raya(SPR) yang tidak mengisyhtiharkan pilihan raya kecil di Dun Behrang dan Changkat Jering?

Ustaz Ahmad Awang:PAS bersama Pakatan Rakyat mencela keputusan yang dibuat SPR kerana ianya membelakang Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri yang menyatakan SPR mesti terima notis pengosongan Speaker dan adakan pilihan raya kecil. 'Beyond Jurisdiction' mereka untuk menyiasat sama ada surat letak jawatan itu sahih atau sebaliknya. Yang penting akur dengan kuasa Speaker.

Jika terbukti keraguan, boleh dibawa ke mahkamah tetapi pilihan raya mesti dilaksanakan. Kita dalam proses undang-undang untuk cabar keputusan SPR bahkan SPR sendiri mengaku kes ini dianggap selesai disebabkan badan itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat atau inkuiri tentang surat itu. Mana boleh, kalau tidak ada bidang kuasa kenapa putuskan tiada pilihan raya kecil.

ImageKenapa terima surat penafian dua Adun itu sedangkan surat pertama daripada Speaker tidak diterima? Inilah pertama kali dalam sejarah, SPR bertindak seperti mahkamah. Untuk itu, saya menggesa Pengerusi SPR baru Tan Sri Abdul Aziz letak jawatan kerana telah mencemarkan naman baik dan imej SPR.


Sedangkan bekas Pengerusi SPR dahulu dan pensyarah undang-undang pun menyatakan bahawa soal mencabar kesahihan surat itu adalah perkara kedua tetapi yang utama kena buat pilhan raya kecil seperti dinyatakan dalam undang-undang, dimana SPR mesti terima notis pemngosongan oleh Speaker.

Bagaimana penerimaan dan gerak-kerja 'grass-root' dan pendokong Pakatan Rakyat, adakah bersedia hadapi pilihan raya kecil atau seluruh negeri?

Kita bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku sama ada kekal sebagai kerajaan sedia ada, atau sebagai kerajaan minoriti. Atau menghadapi pilihan raya kecil atau seluruh negeri.Gerak-kerja telah dimulakan dan mesyuarat di kawasan seluruh Perak telah dimulakan dengan persiapan untuk menghadapi pilihanraya jika berlaku pembubaran DUN.

Kita telah bergerak dan semangat kemenagan Permatang Pauh dan Kuala Terenggau, momentum itu masih ada.

Bagaimana dengan tindakan dua Adun ini, apa kisah dan watak sebenarnya mereka ini?                                                                                                                                                                                                  Baca selanjutnya:-  http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19292&Itemid=1

Tiada ulasan: