"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Sejarah "politik culik" BN dalam menjatuhkan sesebuah kerajaan
RAKAN saya yang aktif mengumpulkan bahan sejarah berkaitan PAS, MOHD FADLI ABDUL GHANI menggarap satu artikel tentang sejarah "lompat-melompat" yang membabitkan Kerajaan PAS sebelum ini. Ikuti paparan beliau:
Tindakan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai Pakatan Rakyat pada minggu lepas telah menggugat kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai bakal perdana menteri, lebih-lebih ia berlaku selepas kekalahan BN di Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 yang lalu.
Agaknya kerana mahu memulihkan imejnya tercalar, Najib Razak yang dilantik sebagai Pengerusi BN Perak telah melakukan ’penculikan politik’ ke atas beberapa wakil rakyat PR untuk menjatuhkan kerajaan PR di Perak. Dengan tiba-tiba sahaja desas-desus undang-undang anti lompat parti hilang dan tidak diperkatakan lagi, tidak seperti mana ketika Datuk Nasaruddin mengumumkan meninggalkan BN.
Semalam (4 Feb. 2009), kerajaan PR di Perak telah kehilangan majoriti apabila empat ADUN PR termasuk dua orang Exco iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Kapt. (B) Osman Jailu (PKR–Changkat Jering), Datuk Nasaruddin Hashim (PKR–Bota) dan Hee Yit Fong (DAP–Jelutong) diumumkan keluarkan dari PR dan menyokong BN. Kita berserah kepada Allah tentang nasib kerajaan PR di Perak.
Tetapi kita memang tahu bahawa keempat-empat ADUN ini telah diculik dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk dipaksa menyokong BN. Blog Setiausaha Politik Menteri Perak menjelaskan bagaimana Datuk Nasaruddin 'dilarikan', begitu juga dengan Yit Fong, manakala Jamaluddin dan Osman pula telah ’diculik’ semejak seminggu yang lalu.
Cerita BN menjatuhkan kerajaan yang dikuasai pembangkang melalui gerakan menculik wakil rakyat bukan suatu perkara yang baru. PAS cukup berpengalaman dalam soal ini kerana beberapa kali PAS mengalaminya ketika memerintah di Kelantan dan Terengganu zaman Perikatan dahulu.
Bahkan, pada 1991, ketika PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menguasai kesemua 39 kerusi DUN Kelantan, BN telah berjaya 'membeli' ADUN Limbongan, Datuk Wan Najib Mohammed dan ADUN Sungai Pinang, Nordin Salleh dari PMS46 untuk menggugat kerajaan APU Kelantan. Ketika Perikatan hampir tumbang pada 1969, tiga orang ADUN PAS di Terengganu telah dibeli oleh Perikatan untuk mengukuhkan kerajaan mereka di negeri itu.
Datuk Joseph Pairin Kitingan sudah tentu masih ingat bagaimana ADUN PBS dibeli oleh Umno setelah parti itu hanya memiliki lebihan satu kerusi majoriti sahaja di DUN Sabah pada 1994. BACA SELANJUTNYA di http://sanggahtoksago.blogspot.com/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan