"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berita dari Blog CINA ISLAM

Drs.Khalil : Ketua Kampung masih sah.

TITI SERONG , 9 Feb :- Jawatan Menteri Besar hanya boleh dilucutkan dengan tiga cara iaitu kalau di meletakkan jawatan , atau ada undi tidak percaya dalam dewan, atau berlaku pembubaran DUN supaya diadakan piliharaya yang baru. Kerana itulah Menteri Besar dari pakatan Rakyat masih sah. Demikian antara penjelasan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam majlis taklimat kepada Ketua kampung dan AJK JKKK untuk Parlimen Parit Buntar di Pusat Tarbiyah PAS di sini malam tadi.

Turut menyampaikan ucapan ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof, dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahari. Turut Hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hashim.

Taklimat tersebut dihadiri oleh semua Ketua Kampung dan AJK JKKK bagi DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau. Jumlah kehadiran dianggarkan melebihi 300 orang.

Drs. Khalil menegaskan keputusan yang diambil di mana Ketua Kampung hendaklah berfungsi seperti biasa termasuklah menandatangani surat dan sebagainya.

Selain itu beliau menekankan kepentingan Ketua Kampung memahami isu yang ada untuk dijelaskan kepada rakyat. Sebab itu sebaran maklumat dalam bentuk risalah, CD dan sebagainya perlu ditingkatkan.

Perlantikan Hamidah di bantah BBC, Drs. Khalil.

IPOH, 10 Feb :- Saya dan ahli-ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) membantah pelantikan ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman sebagai Exco pagi ini. Beliaulah ADUN yang telah menghina kaum India dengan kata-katanya yang masih kita ingat. Demikian antara kenyataan Pengerusi BBC, Khalil Idham Lim dalam sidang akhbar di kediaman MB di sini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan setelah mengadakan perbincangan untuk membuat laporan polis sekali lagi terhadap Hamidah.

Khalil menegaskan kebiadapan Hamidah tidak boleh diterima oleh orang Cina, Melayu dan apa lagi orang India.


Tok Guru setuju tindakan Nizar.

IPOH, 10 Feb :- Setelah balik dari pergi ke Pejabat nya pagi tadi sekitar jam 11.45 pagiYAM Menteri Besar menerima panggilan talipondari Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat.

IrNizar memaklumkan kepada saya bahawa Tok Guru sangat setuju dengan tindakan yang dilakukan tadi dan bertanya apakah yang akan dilakukan lagi esok.

Demikianlah sokongan yang diperolehi oleh Nizar dari rakyat biasa sehinggalah kepada pemimpin tertinggi PAS sendiri.

Sokongan dari pegawai-pegawai kerajaan saya yakini masih kuat tetapi mereka terpaksa berada dalam tidak dapat menunjukkan secara langsung.

Tiada ulasan: