Hermansamsudeen Tue | Feb 10, 09 | 2:30:11 pm MYT (HRKH). | |
"Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan.""Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan. Perkara ini seolah-olah benar-benar akan berlaku dimana petang semalam Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan di bawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan. Semasa membuat kenyataan itu, Menteri Besar Haram, Zambry Abdul Kadir berada disebelah beliau. Tidak cukup dengan itu, Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Dato' Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan. Begitulah permintaan dan kehendak pemimpin Umno yang kini sudah kehabisan modal untuk menghapuskan pengaruh besar Nizar di Perak. Umno harus memahami bahawa kebangkitan rakyat Perak untuk membela Nizar dan Pakatan Rakyat adalah disebabkan oleh tindakan biadap Umno pada rakyat. Umno memainkan politik perkauman, menafikan hak kaum lain untuk mendapatkan layanan adil. Walhal Kerajaan Pakatan menjalankan tugas mereka dengan memberikan bantuan pada semua rakyat yang miskin dan tidak terbela tanpa mengira kaum. Ini berbeza dengan BN yang mengambil untung atas angin melalui program mengkayakan individu tertentu sahaja. Seandainya gelaran Datuk Seri ditarik atau dilucutkan, ianya tidak mengapa kerana perasaan hormat rakyat pada Nizar bukan datang atas gelaran itu tapi kerana sifat peribadinya yang begitu disanjungi. Tapi kalau beliau ditahan dibawah akta ISA, maka satu lagi malapetaka besar akan melanda Umno di Perak. Rakyat secara keseluruhannya akan melihat bahawa itulah klimaks kezaliman Umno kepada Kerajaan Pakatan yang dizalimi melalui tindakan Kudeta yang tidak bermaruah. Ini sekaligus akan memberikan lebih banyak ruang dan peluang untuk Pakatan meraih sokongan khususnya Pas yang banyak berhadapan dengan Umno dikebanyakkan kerusi DUN dan Parlimen. Rakyat kini jelas bahawa ISA adalah senjata terakhir BN untuk menzalimi lawannya. Maka jika itu yang mereka ingin lakukan, laksanakanlah. Pemimpin Pas tidak takut kerana kami diajar bahawa penjara itu adalah tempat kami beruzla dan mengumpulkan kekuatan. Mati itu cita-cita tertinggi kami. Kepada ahli PAS dan Pakatan Rakyat diminta untuk bertenang dan tidak bertindak sembarangan. Kita ada pimpinan, dengar arahan mereka. Apa jua yang berlaku kita serahkan pada Allah. - azm _ |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Nizar bakal dikenakan ISA, lucut gelaran Dato' Seri?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan