"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berapa lama lagi kena "berkubu" di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak?


Hampir setiap malam para penyokong Pakatan Rakyat terus mengunjungi Kediaman Rasmi Menteri Besar di Ipoh untuk mengikuti maklumat terkini


SOALAN mungkin yang ditanyakan oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang berkubu di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh, berapa lama mereka harus berkubu di situ?Profesor Dr Abdul Aziz Bari memperkatakan persoalan ini.

"Mereka perlu membuat tindakan dan strategi mengikut undang-undang. Selagi mahkamah tidak membuat keputusan tentang tindakan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat di mahkamah selagi itu mereka boleh berada di situ."

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa mahkamah mungkin mengambil masa untuk membuat keputusan tersebut selain beliau tidak yakin kemampuan mahkamah berkenaan untuk membuat keputusan dalam kes yang berat itu.

"Dalam kedua-dua krisis besar perlembagaan yang melibatkan Raja-raja dan Kerajaan Persekutuan pun mahkamah tidak dirujuk yang sekaligus telah menunjukkan bahawa pihak-pihak berkenaan pun tidak yakin kepada kemampuan mahkamah," tegas beliau.

Dengan itu, kata Aziz lagi, para penyokong Pakatan Rakyat yang berkubu di kediaman rasmi Menteri Besar harus menimbangkan perlunya samada untuk terus ataupun meninggalkan kedudukan tersebut. Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa kedudukan undang-undang kerajaan Dr. Zamry Abdul Kader (Menteri Besar BN) itu tidak berubah selagi mahkamah tidak membuat keputusan.                                                                                                                                                        Dalam persoalan ini, para penyokong Pakatan Rakyat harus mengambil pendekatan yang lebih munasabah dan tidak menimbulkan kesulitan khususnya di kalangan rakyat. Dari segi politik, pendirian mereka mahukan pembubaran dun dan menentang tindakan tidak bermoral BN, telahpun difahami oleh rakyat, kata Aziz lagi.

 http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Tiada ulasan: