Tulisan ini ada turutan siri Najib Yakin pada sistem.
Kalau Tun Razak masih hidup, malunya mungkin tidak terkira kerana Malaysia kini mempunyai Perdana Menteri yang yakin pada sistem, tetapi sistem yang diyakini itu rupanya sistem binatang hutan belantara. Lebih malu lagi apabila Perdana Menteri yang yakin pada sistem itu ialah anaknya.
Adakah keputusan Mahkamah bahawa Nizar menteri besar yang sah itu tiada kaitan dengan Najib yakin pada sistem?
Soalan ini sengaja dilontar begitu kerana Najib terlibat secara langsung dengan kemelut perlanggaran sistem di Negeri Perak. Najiblah yang pergi ke Istana Perak membawa adun-adun perak yang kononnya kini menjadi adun bebas.
Krisis sistem pun bermula sebaik saja Najib keluar dari Istana Perak. Krisis menjadi kritikal apabila ‘surat’ istana Perak menyebut “anggap kerusi Menteri Besar Perak sebagai kosong”.
Walaupun kes ini Nizar (Pakatan Rakyat) menang, tetapi Malaysia keseluruhan masih berperdana menterikan Najib. Yang mana Najib ini percaya kepada “anggapan” walaupun anggapan memang jelas melanggar sistem.
Atau Najib memerintah Negara ini menggunakan sistem “anggap-anggapan” saja. Najib sudah beberapa kali bertindak di luar akal dan budi sistem undang-undang serta peraturan dan logik. Negara Malaysia akan porak peranda jika mempunyai Perdana Menteri jenis main anggap-anggap dalam tindakannya.
Sewaktu Menteri Pertahanan, bom C4 diseludup keluar dari tempat simpanannya tanda ada apa-apa rekod. Adakah Najib anggap bom C4 itu buleh buat ikut suka dia saja kerana dia adalah Menteri Pertahanan?. Adakah Najib anggap rakyat Malaysia semua bodoh belaka sehinggakan tidak faham tatacara dan sistem yang ada.
Bentang peruntukan tambahan 7 billion tak ikut peraturan persidangan, bohong kononnya Sayfool yang suka diliwat itu tidak datang meminta pertolongannya. Rekod imegresen kemasukan Altantuya ke negara Malaysia hilang semata-mata kerana kes ini terpalit nama Najib.
Apakah Najib yakin pada sistem yakin bahawa rekod kemasukan altantuya, 7 billion dibentang secara haram, tipu kes Sayfool itu boleh diaggap cerita kosong seperti mana menggaggap kerusi MB perak kosong, lalu bolehlah dilupakan begitu saja?.
Tidak keterlaluan disebutkan bahawa akibat buat anggapan harta kerajaan itu harta UMNO maka UMNO menggunakan sewenang-wenangnya harta kerajaan atas nama politik parti UMNO semata-mata.
Adakah sistem anggap menganggap inikah yang Najib percaya?.
Kes di Perak bolehlah dijadikan satu teladan yang jelas kepada masyarakat yang mahukan Negeri dan Negara ini supaya ditadbir secara teratur dan berperaturan. Bukanya menjadikan anggapan itu sebagai satu sistem.
Buktinya dalam kes kontrak sosial misalnya, UMNO menganggap ianya sebagai kontrak sosial tetapi tidak ada bukti fizikal yang boleh dikategorikan sebagai kontrak. Jika ini terus kekal sebagai anggapan, maka malapetakanya nanti kepada orang melayu sendiri.
Sampai bila UMNO terutamanya akan terus berfikir dan terus bertindak berdasarkan sistem yang menggunakan anggapan asasnya?.
Muramatsu
UK
12.05.2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan