Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini memberi penjelasan di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor susulan kegagalannya muncul dalam siasatan awam dewan tersebut. Bekas menteri besar itu antara lima ADUN Barisan Nasional yang dipanggil kerana gagal hadir di siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), hujung Mac lalu, dan juga menyerang badan tersebut. Siasatan awam itu bagi mendapatkan keterangan berhubung wang tajaan yang disalurkan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri kepada Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat BN Selangor (Balkis) yang kini telah dibubarkan. Selain Dr Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Datuk Warno Dogol (Sabak) turut memberikan penjelasan. Pengerusi Selcat, Teng Chang Kim berkata jawatankuasa itu akan bermesyuarat sekali lagi pada Selasa depan bagi menyiapkan laporan dan membuat cadangan serta rumusan bagi siasatan kes itu untuk dibentangkan pada persidangan DUN akan datang. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JK khas DUN Memanggil Khir Toyo Dan Lima ADUN BN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan