Pada Jumaat 08 Mei 2009 yang lalu, satu himpunan aman bagi membantah tindakan Menteri-Menteri kabinet Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Tun Razak telahpun diadakan di perkarangan Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru sebaik sahaja selesai solat Jumaat.
Himpunan ini dianjurkan oleh PAS Johor bagi membangkitkan kesedaran rakyat dan penduduk sekitar bandaraya Johor Bahru khususnya berkenaan tindakan kabinet Malaysia yang sangat terburu-buru mengambil tindakan dalam menentukan pengekalan agama asal anak walaupun ibu atau bapanya telah memeluk Islam.
Keputusan kabinet pada 23 April yang lalu dianggap sebagai tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara bilamana keputusan itu hanya diputuskan diperingkat menteri kabinet tanpa merujuk kepada para alim ulama khususnya para mufti yang dikatakan negarai ini mempunyai senarai mufti paling ramai dalam dunia(satu negeri satu mufti beserta timbalan).
Demonstrasi ini dimulakan sejurus selesai solat Jumaat dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Pemuda PAS Johor Bahru Saudara Mohd Ariff Hassan dan disambung seterusnya oleh Ketua Pemuda PAS Pulai Saudara Zaaba Ibrahim.
Polis yang sejak awal datang sebelum solat Jumaat tanpa menunggu lama terus menghalang para demonstran lain untuk meneruskan ucapan dan meminta yang lain bersurai, polis-polis cawangan khas terus menahan Sdr Mohd Ariff dan Sdr Zaaba pada kira-kira jam 1.45 petang dan terus dibawa untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di Skudai.
Saudara Mohd Ariff sahaja disoal siasat oleh tujuh orang polis dan Sdr Zaaba dengan empat orang pegawai polis cawangan khas selama beberapa jam sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk direkodkan keterangan dan dikatakan bakal didakwa dimahkamah bila-bila masa dalam tempoh sebulan ini.
Mereka berdua dibebaskan kira-kira jam 6.30 petang dengan jaminan polis.
Teruskan perjuangan!!!
- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan