"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jawatan Ketua Dewan Muslimat muingkin Ada Pertandingan

Persaingan Muslimat PAS sengit
Jimadie Shah Othman 
Perebutan jawatan ketua Dewan Muslimat turut sengit dengan pertandingan dijangka sehingga empat penjuru.

Pertembungan dalam sayap PAS itu bakal melibatkan tokoh-tokoh besarnya, termasuk seorang exco kerajaan Selangor dan dua ahli parlimen – ketiga-tiganya pula dikatakan tidak menyokong idea berunding dengan Umno.

Persaingan dua aliran ini jelas berlaku dalam perebutan timbalan presiden dan naib presiden, selain barisan pemimpin kanan Dewan Pemuda PAS.

Sumber-sumber Muslimat PAS memberitahu, Nuridah bakal dicabar exco pendidikan Selangor Dr Halimah Ali dan dua ahli parlimen Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

Senarai ini bagaimanapun belum muktamad dan akan diketahui selepas semua negeri selesai bermesyuarat hujung minggu ini. 

Tarikh akhir mengesahkan penerimaan pencalonan ditetapkan 25 Mei.
Bercakap kepada 
Malaysiakini, Nuridah hari ini buat pertama kali secara terbuka menyatakan hasratnya mempertahankan kerusi tersebut.

"Masih banyak khidmat yang ingin saya lakukan tetapi tidak sempat," katanya, yang turut aktif bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Tambahnya, beliau bagaimanapun belum mendapat maklumat jelas berhubung jumlah pencalonan kerana dua lagi negeri – Melaka dan Perak – belum mengadakan muktamar dewan itu.

Ditanya keperluan calon-calon berkompromi bagi mengelakkan pertandingan sengit yang  boleh mencetuskan suasana keruh, Nuridah berkata: 

"Berdasarkan pengalaman yang lalu, tidak ada yang bermasam muka. Biasa saja." 

Difahamkan beliau, sebagai penyandang yang dapat sokongan meluas, berpeluang untuk mengekalkan jawatan tersebut.

Sementara itu, ketua penerangan dewan tersebut Aiman Athirah Al-Jundi berkata, "menjadi tradisi" berlaku pertandingan merebut jawatan ketua, timbalan dan naib ketua Muslimat.

"Secara tradisinya ada. Kali ini pun kita percaya ada," katanya, sambil menambah beliau mendapat maklumat lengkap mengenai senarai calon-calon tersebut.

Mengulas isu pertembungan golongan ulama dan profesional dalam Muslimat, Aiman Athirah menyifatkannya sebagai "isu yang dimainkan media" semata-mata.

"Bukan kepimpinan ulama, isu ini tidak sepatnya timbul pun. Isu sekarang ini, beberapa tokoh berpendidikan agama tidak mendapat tempat. Itu persoalannya," katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: