Sudah lama saya tak menulis, dan kali ini perasaan saya sudah tidak tertahan lagi melihatkkan aksi Polis samaada Didalam sidang Dun mahupun luar Sidang Dun, kinilah baru kita boleh Panggil Polis Barua UMNO, yang dijaga bukan ketenteraman awam tetapi Polis mempertahankan jenayah rampasan kuasa dan salahguna kuasa Pemimpin Umno, dimana lagi rakyat Perak akan bergantung harap, andai Polis mahu terus menerus mempertahankan rampasan kuasa UMno sudah tiba masanya Rakyat Bangkit melawan Kezaliman, ini bukan lagi dogengan, kata kata yang pernah diucapkan setiausaha Pas Dato' Kamaruddin Jaffar kini hampir menjadi kenyataan, Rakyat akan pada bila bila masa bersedia turun ke Jalanraya andai Dun tidak dibubar.
Saya menyanjung Tinggi keberanian Tok Guru Haji Hadi berbanding pemimpin PR yang terlihat sifat(eksklusifnya) seperti Anwar Ibrahim, Amaran terbaru Tok Guru Haji Hadi kepada Umno dan Kerajaannya akan sedia Rakyat sambut pada bila bila masa!! Kami akan sedia pada mana ketika menerima arahan dari Tok Guru andai Jalanraya adalah jalan terakhir untuk kita menentang Rampasan kuasa. Tok guru bukan sekali mengeluarkan amaran tetapi sudah 2kali sejak peristiwa 7Mei mengulangi aMaran kepada Umno. bagi saya kata kata Tok Guru kali ini bukan lagi main main,pelbagai cara sudah kita usahakan, dan AMaran dari Tok guru adalah signal terakhir sebelum Umno akan melihat sejarah Thailand berlaku di Malaysia. Taat kami ada ketikanya bukan lagi kepada Raja tetapi kepada arahan Ulama' tertinggi kami. Raja harus dilihat menyebelahi Rakyat bukannya kelompok perompak Negeri.
Kami bukan mahu menentang Sultan tetapi menentang perompak hak Rakyat. Rakyat diberikan Hak untuk memilih Kerajaan dan jangan sesekali Hak Rakyat dirompak sewenang wenangnya . dan Polis jangan sampai menjadi Samseng kepada Umno. andai Pekida yang mahu mempertahankan Umno, biar mereka yang turun ke jalanraya dan bertempur dengan Rakyat, tetapi Bukan Polis yang sepatutnya menjadi pelindung kepada semua hak Rakyat yang termaktub dalam perlembagaan.Aksi Polis menyerbu masuk ke dalam dewan yang mulia,sepertilah Polis menceroboh Istana dan Mahkamah. Aksi Polis Mengheret Speaker yang menjadi ketua legislatif sepertilah Polis mengheret Hakim keluar dari Mahkamah dan menghereta Raja Keluar dari singgah sana. secara tidak langsung pada tarikh 7 Mei 2009 Polis sebenarnya memijak mijak perlembagaan dihadapan Rakyat, dan jangan hairan Rakyat juga akan bertindak cara yang sama sebagai jalan terkahir menghapus Kezaliman.
Sejarah tidak pernah menipu kita!! sejak zaman Firaun, Dinasti China hinggalah kepada cengkaman Suharto, tidak ada Kuasa Zalim akan menang menentang kuasa Rakyat. mereka akan menjadi sejarah walaupun berdindingkan bala tentera dan Polis.akhirnya saya bersetuju dengan Luahan Bloger MSK sudah tiba masanya Pempimpin benar benar menjadi pemimpijn Rakyat. samaada sedar tidak sedar seruan MSK itu telah disambut oleh Amaran Tok Guru Haji Hadi dalam ucapannya semalam!! saksikan ucapan ini.
http://www.youtube.com/watch?v=EXzAjElwDCg
Tidak lama lagi kita mungkin akan berhadapan dengan satu gelombang revolusi, dari kata kata Tok Guru ini bukan lagi satu bentuk reformasi!! Bak kata Tok Guru " Membujur lalu.. Melintang Patah" !! Ayuhh bangkitlah Rakyat Perak!!
Lawan tetap Lawan
"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"
AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
LAWAN TETAP LAWAN
- Reformis Muda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan