"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menilai Kepimpinan Ulama Selama 25 Tahun

Azamin Amin  

Semenjak dasarnya menjadi tunjang parti 25 tahun lalu, pelbagai pahit-maung dilalui di samping mengecapi kejayaan silih berganti. Ketua Pengarang Harakah AHMAD LUTFI OTHMAN, Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN dan Jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH menemui Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din di kediamannya 27 April lalu bagi menyorot kembali sejarah awal era kepimpinan ulama yang telah membawa PAS ke persada politik negara dan dihormati di mata dunia, serta cabaran yang mendepaninya.


 
  

HARAKAH: Era kepimpinan ulama dalam PAS sudah menjangkau 25, satu usia yang boleh dikira matang. Boleh Dato' jelaskan secara umum pengertian kepimpinan ulama itu?

DR HARON DIN: Sejak PAs ditubuhkan tahun 1951, ia sebuah parti Islam yang tujuan utamanya untuk melaksanakan tuntutan Allah bagi mengislamkan masyarakat dan negara. Motto besar ketika itu, PAS ingin menegakkan sebuah negara Islam.Sesuai dengan nama, dasar dan matlamat, maka PAS dari awal dipimpin oleh ulama, bermula Almarhum Haji Ahmad Fuad daripada Bukit Mertajam. Pemangkin perjuangan ketika itu terdiri daripada ulama-ulama tanahair yang sejak dari awal dan sudah ada dalam Dewan Ulama PAS, termasuk Haji Ahmad Pahim dan Haji Ahmad Badawi.

Masyarakat pada awalnya sudah memahami bahawa PAS dipimpin oleh ulama-ulama yang berwibawa sehinggalah berlaku sedikit perubahan apabila PAS terpaksa dipimpin oleh Almarhum Dr Abbas Alias daripada kalangan profesional dan kemudiannya Almarhum Dato' Asri Muda. Seolah-olah memperlihatkan PAS tidak semestinya dipimpin oleh ulama tetapi juga boleh di kalangan profesional.Image

Sehinggalah Muktamar Tahunan 1983 membuat satu ketetapan, PAS mestilah menggariskan dengan jelas, ia mesti berdasarkan kepimpinan ulama.Peruntukan baru Majlis Syura Ulama dimasukkan dalam perlembagaan, dengan kriteria khusus keanggotaan syura ulama. Difahami secara umum dan secara spontan bahawa kepimpinan tertinggi PAS disandang oleh orang-orang yang diterima dalam PAS sebagai ulama.

Sepanjang 25 tahun ini, apakah pencapaian dalam era kepimpinan ulama?

Kepimpinan ulama PAS sudah menjangkau suku abad, satu tempoh yang tidak pendek dan tidak terlalu panjang untuk dinilai semula pencapaiannnya. Saya melihat sejak daripada era kepimpinan ulama, pencapaian besar perjuangan yang diletakkan atas landasan Islam bagi menuju matlamat, keagungan Islam dan memartabatkannya menjadi perjuangan yang memikat hati majoriti umat Islam di negara iniAntara hasilnya, bermula pada 1990, PAS menang di Kelantan, dan sampai kini terus memerintah.

Baca selanjutnya :-http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020736&Itemid=35

Tiada ulasan: