"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setiausaha Kerajaan dan Peguam Negeri digantung tugas

"Dua orang itu akan digantung daripada menjalankan tugas dan tidak akan dibenarkan datang ke pejabat sehingga diberitahu kelak.Kami akan serahkan surat kepada mereka esok (pagi ini)," demikian kata MB Nizar merujuk kepada Setiausaha Kerajaan dan Peguam Negeri.

DS Nizar menyatakan hampir 3 bulan rancangan Pakatan Rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat terbantut.

"Besok kami akan masuk semula ke pejabat kami untuk meneruskan semula tugas kami," katanya.

Nizar turut memberikan jaminan bahawa semua JKKK yang dilucutkan oleh kerajaan Zambry terdahulu, disambung semula tugas mereka sebagaimana watikah yang telah diberikan dulu.

"Watikah itu tetap sah; Ketua Kampong dan JKKK boleh teruskan tugas mereka membantu rakyat," terang Nizar.

"Ahli Majlis juga akan diteruskan dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan sedikit masa lagi,"katanya lagi.

Sidang media tersebut diadakan pada jam 12.20 pagi-pagi buta! Penuh sesak oleh pemberita, jurugambar dan bloggers diruang makan kediaman MB Perak.

DS Nizar yang petang tadi diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi sebagai Menteri Besar yang sah disambut pulang dikediamannya di Lengkok Mawar oleh beberapa orang Adun dan tokoh Pakatan Rakyat Perak.Mereka mengadakan mesyuarat dalam masa satu jam sebelum mengadakan sidang media yang pada mulanya dijadualkan diadakan di pejabat Perhubungan Negeri kerana disitu tempatnya lebih luas dan lebh selesa.Entah macam mana pula, mungkin kerana mereka keletihan, rancangan tersebut terpaksa dipinda pada saat akhir dan diadakan terus di kediaman disini.


Tiada ulasan: