"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelab Penyokong PAS miliki 20,000 ahli

 

 TASEK GELUGOR, 14 Mei (Hrkh) - Penyertaan 20,000 masyarakat bukan Islam ke dalam Kelab Penyokong PAS sejak ditubuhkan pasti mengancam kestabilan politik BN pada masa depan, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Ahli Kelab Penyokong PAS kini mencecah 20 ribu orang di seluruh negara dan perkembangan itu menggugat pengaruh Umno dan BN. BN tahu sekiranya masyarakat bukan Islam berpaling tadah dari menyokong BN hayat parti itu semakin pendek," tegasnya dalam sidang media bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Mohamad merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth, baru-baru ini.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam tertarik dengan model yang ditunjukan Kerajaan Kelantan yang bersih dari gejala rasuah dan tidak mengamalkan dikriminasi dalam pemerintahan.

Tambahan lagi, keaktifan lajnah yang diterajui Dr Mujahid menjadi daya tarikan tersendiri kerana selama ini golongan terbabit beranggapatan PAS sebuah parti ekstrem yang tidak mahu mendengar pandangan atau menghormati budaya kaum lain.

"Dulu mereka nampak PAS jahat Umno dan BN baik, tetapi hasil pendekatan yang dilaksanakan rupa-rupanya PAS adalah parti yang terdiri daripada pejuang yang ikhlas dan jujur," tambahnya. 

Tiada ulasan: